Tuesday, March 1, 2011

SKUAD KAMERA : ORANG BERSALAH MULA TAKUT

Jasin 1 Mac : Muhyiddin Yassin ternyata takut dengan tindakan PAS menubuhkan skuad  kamera bagi mengambil gambar apa juga salah laku dan tindakan calon, wakll calon dan jurukempen BN yang bersalahan dengan undang-undang.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri, Yusof Wahab berkata biasanya orang  takut semacam ini adalah orang yang telah,, akan dan mahu meneruskan kerja jahat mereka bagi mencapai niat untuk menang walaupun dengan cara salah.

Semalam Muhyiddin berkata tindakan Pas menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan calon dan peraih undi Barisan Nasional (BN) di Merlimau dan Kerdau hanya mendedahkan kelemahan jentera pilihan raya parti itu yang ketandusan isu untuk dimanipulasikan.

Malah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau cuma khuatir 'skuad' berkenaan akan lebih menjurus kepada gejala menabur fitnah dan dakyah yang amat dicela oleh Islam.

Yusof berkata untuk pengetahuan Muhyiddin, tukang fitnah nombor wahid bukan PAS tetapi Umno/BN. Bermacam fitnah ditaburkan. Pagi ini petugas terpaksa menurunkan pelbagai banner yang memfitnah PAS antara gambar Tok Guru Nik dan dibawahnya ditulis undi PAS masuk syurga.

"Skuad kamera PAS tidak akan membuat fitnah tetapi akan bekerja secara professional dan beretika. Mereka dididik supaya taat kepada Allah dan tidak membuat kerja-kerja yang dilaknat oleh Allah seperti memfitnah dan sebagainya."

"Skuad Kamera ini akan terus menjalankan tanggungjawab membongkar segala kerja jahat BN. Mereka ini tidak kita ketahui siapa tetapi yang paling penting mereka akan menyalurkan gambar dan maklumat kepada Bilik Operasi PAS" kata Yusof Wahab.

0 comments:

Post a Comment