Tuesday, March 1, 2011

ALI RUSTAM PENING LALAT

Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad berkata beliau kasihan kepada Datuk Seri Ali Rustam yang pening lalat ketika membuat analisa politik di Timur Tengah.

"Ali mengatakan Malaysia akan jadi seperti Mesir jika PAS memerintah negara."

"Mungkin sibuk dengan pilihanraya kecil Merlimau sehingga tidak mampu membaca fakta sebenar apa yang berlaku di Mesir."

Idris berkata rakyat Mesir bangkit melawan kerajaan Husni Mubarak kerana rasuah, kroni, pencabulan hak asasi. Simptom ini ada kepada kerajaan Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam.

"PAS mengharapkan Ketua Menteri Melaka jangan cuba mengalih isu yang melanda negeri Melaka mengenai pembaziran yang tidak mendatangkan faedah  kepada rakyat." ujar Ustaz Idris ketika ditemui di Markaz Induk PAS malam tadi.

Menurut Ustaz Idris Ali Rustam cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji. Projek Litar Go Kart (RM9.9 juta) yang tidak dapat digunakan, Eye On Malaysia (RM8 juta) yang kini hanya tinggal tapak, Monorail Melaka (RM16.5 juta) yang tersangkut di landasan hanya selepas 5 jam dirasmikan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (RM190 juta) yang banyak disinggahi burung daripada pesawat penumpang.

0 comments:

Post a Comment