Monday, March 7, 2011

Keputusan Penuh Mengikut Peti Undi

N27 DUN MERLIMAU

UNDI POS

BN 46 PAS 2 ROSAK 14 MAJORITI  44 JUMLAH 62


MERLIMAU UTARA

SALURAN 1: BN 328 PAS 110 ROSAK 10 MAJORITI  218 JUMLAH 448

MERLIMAU PASIR

SALURAN 1: BN 217 PAS 79 ROSAK 6  MAJORITI  138 JUMLAH 306

SALURAN 2: BN 334 PAS 159 ROSAK 5 MAJORITI  175 JUMLAH 498

SALURAN 3: BN 327 PAS 110 ROSAK 2 MAJORITI 217 JUMLAH 467

SALURAN 4: BN 340 PAS 115 ROSAK 3 MAJORITI 225 JUMLAH 458

AYER MERBAU

SALURAN 1 :BN 200 PAS 68 ROSAK 7 MAJORITI 132 JUMLAH 275

SALURAN 2 :BN 298 PAS 109 ROSAK 1 MAJORITI 189 JUMLAH 408

CHINCHIN

SALURAN 1 : BN 204 PAS 49 ROSAK 17 MAJORITI 155 JUMLAH 270

SALURAN 2 : BN 349 PAS 123 ROSAK 9 MAJORITI 226 JUMLAH 481

SALURAN 3 : BN 291 PAS 135 ROSAK 9 MAJORITI 156 JUMLAH 435

SALURAN 4 : BN 291 PAS 127 ROSAK 5 MAJORITI 164 JUMLAH 423

JASIN LALANG

SALURAN 1 : BN 196 PAS 35 ROSAK 10  MAJORITI 161 JUMLAH 241

SALURAN 2 : BN 256 PAS 48 ROSAK 3 MAJORITI 208 JUMLAH 307

PERMATANG SERAI

SALURAN 1 :BN 189 PAS 85 ROSAK 1 MAJORITI 104 JUMLAH 275

SALURAN 2 : BN 339 PAS 140 ROSAK 6 MAJORITI 199 JUMLAH 480

SALURAN 3 : BN 305 PAS 126 ROSAK 5 MAJORITI 179 JUMLAH 436

SALURAN 4 : BN 313 PAS 112 ROSAK 2 MAJORITI 201 JUMLAH 487

PENGKALAN SAMAK

SALURAN 1 : BN 204 PAS 70 ROSAK 6 MAJORITI 134 JUMLAH 280

SALURAN 2 : BN 314 PAS 177 ROSAK 6 MAJORITI 137 JUMLAH 497

SALURAN 3 : BN 283 PAS 185 ROSAK 6 MAJORITI 98 JUMLAH 474

SALURAN 4 : BN 338 PAS 127 ROSAK 2 MAJORITI 211 JUMLAH 477



JUMLAH KESELURUHAN : PAS  2319 BN 5962 - BN MENANG MAJORITI 3643

BN BERHABIS 500 JUTA HANYA KURANGKAN 500 UNDI PAS SAHAJA

 

Kemenangan BN yang memang dijangka awalnya menjadi kenyataan. Namun kemenangan ini membawa malapetaka buat BN sebenarnya. Bayangkanlah dengan berhabis hampir mencecah RM500 juta BN di Merlimau hanya mampu kurangkan undi PAS sekitar 500 undi sahaja berbanding PRU dalam 2008. Ini bermakna setiap satu undi kepada PAS yang telah dikurangkan BN dalam pilihanraya kali ini berjumlah RM1 juta...........
 
BN menjadi sasau kerana membayar harga yang tersangat mahal untuk satu undi PAS....BN akan menjadi sasau jika dicampur undi PAS yang juga berjaya dikurangkan sekitar 500 sahaja di PRK Kerdau. Jika di Kerdau juga BN berhabis RM500 juta......maka dalam masa dua minggu sebanyak RM1000 juta atau RM1 billion dihabiskan semata-mata untuk dua kawasan dewan undangan negeri sahaja.
 
BN akan terus mati ditelan duit apabla menjelang PRU 13 yang dicanangkan akan diadakan secepat mungkin, jika dengan hampir 1000 kawasan DUN dan Parlimen berapa banyak duit BN akan tabur..................Akhirnya semua rakyat akan tidur berselimutkan duit.
 
 BN hanya menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah memperolehi 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 130 undi.  Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. Bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087
 
RAKYAT MENUNGGU PRU13 DENGAN PENUH KEBERANIAN UNTUK BERUBAH BAGI MENYELAMATKAN MALAYSIA.

Sunday, March 6, 2011

"Skuad Kamera" - Penyebar Risalah Lucah dan Fitnah

Lihat risalah di tangan lelaki ini

Penyebar fitnah ini siapa?

Penyokong manakah ini?

Segala-galanya adalah dari pihak lawan

Akhirnya terungkai siapakah dalang penyebaran risalah lucah dan fitnah yang selama ini bertebaran di Merlimau. Akhirnya Skuad Kamera dapat menjejaki dihari terakhir penamaan calon mengenai taktik kotor pihak lawan.

Penyebaran risalah lucah dan fitnah telah dinafikan oleh pihak lawan dan mengatakan bahawa pihak PAS yang membuat risalah tersebut dan menuduh bahawa sebaran ini adalah dari pihak PAS. Maka segala-galanya telah terbukti dengan adanya gambar di atas.

Lokasi tersebut adalah berdekatan dengan pekan Merlimau berhampiran dengan pasar Merlimau. Keadaan itu menjelaskan bahawa pihak lawan sudah berada di tahap kemuncak dan tidak lagi mampu mencari isu yang berkaitan fakta maka disebrkan fitnah tersebut.

Sebentar lagi pendedahan MIC memberi beras kepada penduduk. Ikuti perkembangan ini sehingga proses pengundian selesai. Skuad Kamera akan buktikan segala-galanya tentang kepincangan pihak lawan

Saturday, March 5, 2011

"Skuad Kamera" - Siapa Samseng?


Skuad Kamera telah berjaya mencari bukti siapakah dalang keganasan samseng dalam kempen di DUN N.27 Merlimau. Kebanyakkan provokasi adalah dilakukan oleh penyokong yang menyokong Barisan Nasional. Paling pelik, tiada campur tangan dari pihak polis. Adakah polis itu juga adalah dari Barisan Nasional?

Tindakan seperti ini boleh menggugat keamanan serta menimbulkan kekacauan terutamanya pelancong yang datang dari luar kerana tindakkan penyokong BN telah menghalau orang yang datang ke Melaka. Mereka terlalu angkuh sehinggakan mengatakan "Orang luar balik la".

Kejadian ini berlaku jam 7.00 petang berdekatan dengan stesen bas di pekan Merlimau berdekatan dengan pasar Merlimau. Namun keadaan dapat dikawal dengan baik walaupun penyokong BN cuba melakukan provokasi.

Inikah sikap kerajaan yang dipimpin oleh Ali Rustam selaku Ketua Menteri Melaka? Ini amat memalukan bagi sebuah negeri yang dianggap Maju 2010 tetapi gagal 2011.

Pendedahan seterusnya akan menyusul iaitu "Siapa penyebar risalah lucah dan fitnah?"

KALAU YAKIN MENANG KENAPA MENIPU DAN BERLAGAK SAMSENG?

Sehingga saat ini Umno begitu sombong dan bongkak dengan mendabik dada akan mengekalkan DUN Kerdau dan Merlimau. Macam mana Umno boleh tahu sedangkan hari mengundi hanya bermula esok? Ada apa-apa 'silap mata' yang akan dilakukan ? Memang betul Pas kalah dalam PRU lalu tetapi tak bermakna Pas tak boleh menang dalam PRK kali ini.

Umno makin goyah, penyelewengan dan skandal berluasa serta kehidupan rakyat makin terhimpit tidak mustahil akan berlaku kejutan kepada Umno. Sambutan kempen PAS sungguh menggalakkan memberi isyarat yang positif kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Jadi mungkin sebab itu lah agaknya Umno/BN terus menyerang dan melakukan pembohongan kepada PAS. Sama ada di Merlimau dan juga di Kerdau. Tak cukup dengan tokoh dalam Umno, habis pelawak dan pelakon handalan seperti Ibrahim Ali, Umi Hafilda dan Ezam Md. Nor diheret kesana kemari untuk memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat. Insyaallah, rakyat Malaysia cukup kenal siapa mereka ini. Maklumat di hujung jari!

Terkini Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakub yang terkenal dengan 'trade mark' isyarat lucah di PRK Sanggang dulu memfitnah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man kononnya menjadi lintah darat kerana memeras peneroka di Jengka dengan membeli tanah peneroka berkenaan. Segala pembohongan media dan pencacai Umno terdedah apabila pemilik tanah sebenar tampil menafikannya. Tak perlu saya ulas panjang layari Harakah Daily untuk maklumat lanjut. Bila asyik baca Utusan Malaysia itu yang jadi tak berapa cerdik.

Ini baru kecil banyak lagi pembohongan dan putar belit Umno/BN setiap kali pilihanraya. Semua jentera PAS di Merlimau dan Kerdau diminta tingkatkan kewaspadaan menjelang esok. Setakat ini perkembangan petugas PAS dan Pakatan Rakyat di Merlimau cukup menyakinkan. Umno pasti terkejut dengan strategi dan persediaan PAS . Tunggu sahaja esok!