Tuesday, March 1, 2011

ALI RUSTAM BERBOHONG LAGI

Baru semalam Ali Rustam sangat berbangga kerana bilangan pelajar-pelajar yang telah berzina yang ditempatkan di Sekolah Harapan cipatan beliau telah menempatkan enam orang pelajar berasal dari Kelantan dan hanya dua orang sahaja dari Melaka. Beliau bermaksud masalah sosial itu banyak berlaku di Kelantan berbanding di Melaka.

Tetapi yang amat melucukan dengan lawak antarabangsa beliau ialah apabila dipetik ucapan Ali Rustam dalam satu program Umno semasa kempen pilihanrya ini didalam Sinar Harian hari ini, beliau berkata..."bilangan pelajar Sekolah Harapan ialah seramai 31 orang. 12 orang berasal dari Johor, 5 dari Kelantan....................." dan seterusnya.

Inilah pembohongan Ali Rustam, semalam beliau mengutuk Kelantan kerana terdapat enam pelajar dari Kelantan seolah-olah pelajar dari Kelantan lah paling teruk walhal ucapan beliau semalam memakan diri beliau kerana beliau didapati telah berbohong, sama ada dia memang suka berbohong atau dia sengaja berbohong kepada rakyat semata-mata untuk meraih undi.

Rupa-rupanya bilangan pelajar dari Johor seramai 12 orang yang lebih besar jumlahnya. Johor ialah negeri Umno dan BN, maka jelaslah masalah sosial anak-anak yang berzina lebih berleluasa berlaku di Johor. Buat Ali Rustam, janganlah suka berbohong kerana pengundi dan rakyat Melaka lebih cerdik dari anda. Jangan bazirkan duit rakyat dengan siri-siri pembohongan anda.





























































0 comments:

Post a Comment