Gejala pengambilan rasuah semakin berleluasa di Malaysia angkara dinasti pemerintahan BN. Cuba anda bayangkan dalam masa setahun sahaja iaitu bagi tahun 2010 yang lalu Malaysia telah mengalami kerugian kira-kira RM10 billion hasil pemerintahan korupsi BN.

Itu baru RM 1 billion, cuba kita darabkan dengan RM 10 billion yang hilang akibat rasuah bagi tahun 2010. Itu belum kita darab dengan tempoh pemerintahan BN sejak merdeka lagi, jika dihimpun jumlah rasuah mungkin duit rasuah tersebut boleh menenggelamkan seluruh bumi Malaysia ini.
Begitulah penangan pemerintahan BN yang menunjukkan perlakuan rasuah begitu bermaharajalela sehingga negara kita kehilangan RM 10 billion setahun. Di Melaka apa kurangnya, lihatlah prjek Eye On Malaysia, bulatan jam di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, litar go-kart, kincir air dan sebagainya semuanya dibina dengan kos yang melampau dan dibimbang terdapat unsur penyelewengan dan rasuah yang semuanya ditadbir oleh kerajaan BN.

Sudahlah rasuah mencecah RM 10 billion setahun, tetapi juga turun pulak satu mata sehingga jumlah pelaburan ke Malaysia kerugian 16 peratus pulak. Dahsyat betul rasuah di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment