Wednesday, March 2, 2011

PROSES MENGUNDI POS DI MERLIMAU LANCAR

JASIN 2 Mac - Proses undi pos bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau bermula hari ini melibatkan 36 orang pengundi.

Pengurus pilihan raya Roslan Eusoff berkata, mereka yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk empat anggota wanita mula mengundi di Pejabat Daerah dan Tanah Jasin pukul 11.30 pagi ini.

Katanya, terdapat lima anggota polis tidak mengundi kerana bertugas di luar daerah dan SPR akan mengedarkan kertas undi kepada mereka melalui pos.

"Proses pengundian berjalan lancar,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau, Ahad ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Roslan dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung. - Bernama

0 comments:

Post a Comment