Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata Umno/BN terus menerus melesapkan duit rakyat dengan menggunakan premis awam seperti Politeknik, Sekolah, Balai Raya dan lain-lain untuk kegunaan parti tanpa sebarang bayaran.
Yusof berkata tindakan Umno/BN ini memang tidak bertanggungjawab kerana premis tersebut adalah untuk kegunaan awam dan dibina dengan duit rakyat.
"Mereka guna kemudahan awam, elektrik, air dan alatan lain digunakan tanpa sesen bayaran, mereka buat semua itu macam harta mereka sendiri".
"Sebagai rakyat yang membayar cukai kita sewajarnya menentang tindakan Umno/BN ini supaya rakyat faham dan bangkit menolak pemimpin yang tidak tahu halal haram ini" ujar Yusof.
Menurutnya, sudah beberapa kali Umno/BN menggunakan Politeknik Merlimau untuk program parti antaranya program perkenalan antara bapa angkat dan anak-anak angkat peti undi serta juga program melibatkan menteri-menteri dan kursus-kursus parti.
"Kami menyokong penuh tindakan PAS Kawasan yang membuat laporan Polis supaya Pengarah Politeknik Merlimau disiasat kerana membenarkan Politeknik itu digunakan Umno/BN".
"Mereka secara terang-terang menggunakan harta rakyat dan awam untuk kepentingan politik mereka" tambah Yusof.
"Saya mencabar Pengarah Politeknik Merlimau supaya meletakkan jawatan dan masuk bertanding sebagai calon BN atau jika tidak terpilih sebagai calon BN masuk sebagai calon bebas jika beliau benar-benar minat hendak berpolitik" tegas Yusof.
Sementara itu Malaysiakini melaporkan bahawa PAS Kawasan Jasin diketuai Yang DiPertuanya, Mejar (B) Jasme Tompang pagi tadi membuat laporan Polis meminta Pengarah Politeknik Merlimau disiasat berhubung tindakannya membenarkan Umno/BN menggunakan institusi pendidikan untuk program Umno/BN.
Jasme dalam kenyataannya kepada media berkata, PAS membantah sekeras-kerasnya tindakan yang tidak bertamadun oleh Umno dan BN, sekali gus mahu parti itu menghentikan segera semua program yang berjalan atau akan dijalankan di situ.
Dakwanya, tindakan itu tidak adil kepada PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak dibenarkan menggunakannya.
"Kami mahu pihak berkuasa menyiasat sekiranya wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ke atas Pengarah Politeknik Merlimau, Dr Arshad Kassim yang membenarkan program Umno dan BN diadakan di situ.
"Para pelajar juga terganggu dari segi emosi, pembelajaran, keselamatan dan sebagainya disebabkan kehadiran ramai orang yang tidak dikenali bebas keluar masuk ke dalam kawasan politeknik itu," laporan polis itu dipetik.
Turut mengiringinya ADUN DAP Ayer Keroh Khoo Poay Tiong, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin, Aminuddin Abdul Jalil, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin, Hajah Shopiah Ahmad dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) PAS Jasin.

0 comments:
Post a Comment