Tuesday, February 22, 2011

DI MANA KJ? DENDAM UMNO MELAKA

Suasana kempen serta gerakerja PRK Merlimau semakin meriah diwarnai dengan persiapan markaz parti buat BN dan PAS. Beberapa siri ceramah oleh BN dan PAS telah berlangsung dalam suasana yang terkawal. Namun bagi rakyat DUN Merlimau merasa hairan kerana BN Melaka masih tidak lagi menjemput Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno dan juga Ketua Pemuda BN dalam apa-apa jua program yang dibuat oleh Umno di Merlimau.

Kemana KJ menghilang? Atau sememang dia tidak dijemput atau dipulaukan oleh UMNO Melaka? Kenapa dendam terhadap KJ masih berterusan? Apakah Ali Rustam masih menaruh dendam terhadap KJ?


Cuba lihat sejarah ini :

MELAKA 17 Mac – Seluruh UMNO Bahagian Melaka melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO melarang Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam daripada bertanding pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Mereka menyifatkan keputusan Lembaga Disiplin tidak adil dan berat sebelah sehingga menutup peluang Ketua Menteri Melaka itu bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Mereka turut mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin hanya memberi amaran kepada Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin sedangkan Ahli Parlimen Rembau itu turut melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Idris Haron berkata, keputusan itu amat mengejutkan dan mengecewakan penyokong-penyokong Mohd. Ali bukan sahaja di Melaka tetapi juga di beberapa negeri lain.

Menurut beliau, Lembaga Disiplin parti sepatutnya merujuk terlebih dahulu keputusan yang hendak dibuat kepada Majlis Tertinggi (MT) sebelum membuat pengumuman.

”Hukuman itu sepatutnya mengambil kira kepentingan politik kerana ia boleh mengundang pelbagai reaksi serta menjejaskan keyakinan ahli pada parti.

”Apa pun saya yakin Mohd. Ali akan meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Abdul Ghafaar Atan turut mempersoalkan perkara yang sama dan melihat keputusan itu sebagai tidak adil.

”Adakah wujud ketelusan pada Lembaga Disiplin UMNO? Adakah benar siasatan telus dan jujur dilakukan ke atas Mohd. Ali dengan tidak memihak kepada pihak-pihak tertentu?

”Kenapa hanya di saat-saat akhir sebelum pemilihan parti barulah pihak Lembaga Disiplin hendak buat keputusan? Saya benar-benar terkilan dengan keputusan ini,” katanya.

Bendahari UMNO Bahagian Bukit Katil, Datuk Akbar Ali berkata, pada masa ini kewibawaan, integriti, ketelusan, keadilan dan kemampuan Lembaga Disiplin parti boleh dipertikaikan.
”Keputusan hari ini dipertikaikan. Ia dilihat seolah-olah kurang sihat dan perlu diperbetulkan segera, jika tidak ia akan memberi kesan pada pemilihan parti hujung bulan ini,” katanya lagi.

Rupa-rupanya ada kisah lama yang telah mengguris hati Ali Rustam dan UMNO Melaka terhadap KJ. Bersediakan Ali berdamai dan menjemput KJ ke Merlimau, sama-samalah rakyat Melaka tunggu.


0 comments:

Post a Comment