Saturday, February 19, 2011

TUAN GURU PRESIDEN CERAMAH DI MERLIMAU UTARA ESOK

Jasin : Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang akan berceramah bersama Tuan Haji Mohamad Sabu di Taman Merlimau Utara esok 20 Feb pada jam 9.00 malam.

Kunjungan Tuan Guru Presiden esok dilihat sebagai sesuatu yang menarik kerana Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak baru sahaja datang ke Melaka juga di Merlimau Utara malam ini.

Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS ini juga sekali hadir ke Melaka pada 24 Feb ini bagi mengumumkan secara rasmi siapa calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil N27 Dun Merlimau.

Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir untuk mendengar amanat beliau lebih-lebih lagi mutakhir ini terlampau banyak isu yang sudah tentu menarik untuk dikupas oleh Presiden PAS yang amat disegani di dalam dan luar negara ini.

0 comments:

Post a Comment