Saturday, February 19, 2011

NAJIB DATANG : SEMUA PEGAWAI KERAJAAN SUSAH

Bila pimpinan besar datang ke sesebuah negeri sudah tentu pegawai-pegawai kerajaan di kerah supaya datang menyambutnya untuk menunjukkan rakyat menyokong kepimpinannya. Mereka diwajibkan datang ke program Najib, jika tidak sudah tentu mereka akan diambil tindakan. Itulah modus operandi BN untuk membuktikan mereka mendapat sokongan. Politik ugut, samseng dan sebagai digunakan untuk tujuan tersebut.

Hari ini sekali lagi pegawai-pegawai kerajaan menjadi mangsa BN. Mereka dikerah untuk menyambut Perdana Menteri 'kesayangan' ramai itu.

"Bilalah agaknya politik lama ala 'barbarian' ini akan berakhir?" itu persoalan yang dilemparkan oleh Ketua  Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil ketika diminta mengulas isu ini.

"Habis segala jabatan kerajaan dan fasilitinya digunakan, maka hanguslah duit rakyat untuk kepentingan BN" tambah Yusof.

Yusof berkata rakyat mesti sedar akan kepincangan dan penyelewengan BN yang setiap kali pilihanraya mereka menggunakan wang rakyat untuk kepentingan mereka.

"Pengundi Merlimau dan Kerdau mesti bangkit menolak calon BN untuk menyedarkan mereka bahawa rakyat sudah tidak tahan dengan sikap BN yang menjadikan harta awam sebagai harta parti mereka" ujar Yusof.

"Pegawai kerajaan juga sewajarnya bangkit menolak BN supaya mereka tidak lagi diperbudakkan oleh BN dengan dipaksa menghadiri program-program parti" tambah Yusof.


纳吉到访:所有政府雇员苦恼


每当大人物来到一个州属,政府官员肯定会被召集来迎接他们,以显示人民支持他们的领导。他们务必出席纳吉的节目,否则他们将会受到对付。这就是国阵证明他们得到支持的操作方式。政治勒索、流氓等被用于这样的目的。

今天,政府雇员再次成为国阵的受害者。他们被动员来迎接人们“最喜爱”的首相。

“这种老套的和野蛮的政治几时才会结束?”当武吉卡迪区回教党宣传主任被要求评断此事件时,抛出了这句话。

“动用完所有的政府部门和设备,人民的钱也因为国阵的利益而烧光。”尤索夫继续说道。

尤索夫说道,人民必须看清国阵在每一次选举时滥用人民钱财来满足于自己的错误和背叛行为。

“万里望和吉道的选民必须奋起拒绝国阵候选人,惊醒他们人民已不能忍受国阵讲公款强占为他们的党产。”尤索夫说道。

尤索夫补充:“政府员工也应该奋起拒绝国阵,以便不再被国阵所奴役,被强迫出席他们的政党节目。”

0 comments:

Post a Comment