Tuesday, February 22, 2011

TAIB ADA KAITAN DENGAN 49 FIRMA, ALI RUSTAM ADA BERAPA FIRMA?

NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Bagaimana pula dengan pimpinan Umno/BN lain yang juga kaya raya. Rakyat di Melaka juga sudah tentu ingin mengetahui berapa firma yang ada kaitan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang jelas mempunyai harta dan duit yang banyak sehingga boleh memberi rasuah kepada pimpinan dan perwakilan Umno Bahagian semasa pemilihan Umno sessi lalu.

0 comments:

Post a Comment