Tuesday, February 22, 2011

HARGA PETROL MUNGKIN NAIK LAGI SELEPAS PRK MERLIMAU?

Berita menggemparkan yang terkandung dalam akhbar UtusanMalaysia hari ini ialah kemungkinan akan berlaku kenaikan harga petrol sedikit masa lagi dan kemungkinan ianya berlaku selepas PRK Merlimau.

Jika dulu harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 10 sen selepas PRK Tenang sebagai hadiah manis BN buat rakyat kini kemungkinan selepas  PRK Merlimau harga petrol akan dinaikkan lagi sebagai hadiah buat rakyat Melaka dan Malaysia amnya.

Undi BN harga petrol tetap naik, kalau begitu undilah PAS di PRK Merlimau dan PRK Kerdau sebagai simbolik bantahan rakyat kepada kerajaan oleh anda sebagai rakyat merdeka.

Menurut kajian seorang pakar ekonomi iaitu, Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.

Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.

Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.

"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.

"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau.

Itulah nasihat dua orang pakar ekonomi, keuntungan hasil jualan minyak negara kita sebenarnya tersangat besar nilainya dan dengan keuntungan tadi bolehlah diserapkan kepada subsidi minyak agar harga petrol dapat diselaraskan. Ini akan dibuat oleh para pemimpin yang amanah dan cerdik bukan seperti pemimpin BN yang rakus membaham khazanah negara.




0 comments:

Post a Comment