Friday, February 18, 2011

PAS TAK GENTAR DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN LAWAN

Semalam pelbagai risalah fitnah dan pembohongan ditabur di merata tempat dalam Dun Merlimau. Antara risalah itu ialah tentang isu lama Islam PAS masuk syurga dan Islam Umno masuk neraka. Ternyata pihak lawan tidak mempunyai isu baru untuk digunakan.

Jurucakap Lajnah Peneranga PAS Negeri Melaka yang tidak mahu dikenali berkata PAS sudah lama menerangkan kepada rakyat bahawa semua kerja manusia di dunia ini akan dikira oleh Allah walaupun sebesar atom sekalipun.

"Buat kerja baik masuk syurga buat kerja jahat masuk neraka. Itu perkara asas. Sesiapa pun yang buat kerja tak baik yang Allah larang sudah pasti dimurkai Allah."

"Kalau Umno tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan dan meminggirkan Islam serta mendaulatkan hukum selain dari hukum Allah dan ajaran Islam sudah tentu ianya bertentangan dengan Islam".

"Cuma yang penting Umno kena taubat dan kembali menegakkan ajaran Islam sebenar, bukannya secara tempelan. Bab nikah kahwin, puasa, solat ikut Islam, tapi bab perintah negara tolak Islam:, bab aurat, muamalat, jenayah, ekonomi  dan sebaganya tak ikut Islam, ini double standard dan sudah tentu bertentangan dengan Islam" tambah jurucakap tersebut.

Beliau berkata PAS tidak pernah mendakwa seseorang itu ahli dan penyokong PAS pasti masuk syurga tetapi sebaliknya mengharapkan semua rakyat khususnya penganut Islam mengambil Islam  secara keseluruhan bukan separuh-separuh kerana jelas kalau kita menentang Islam dan meminggirkan Islam sudah tentu dimurkai Allah.

"Apa yang kita selalu tekankan ialah kita mengambil Islam secara 'Kaaffah' bukan sebahagian-sebahagian, Sebagai pemerintah teruttamanya  kita mesti menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat supaya rakyat faham bahawa Islam sebuah agama yang syumul dan universal".

Beliau mengharapkan pihak lawan supaya berkempen secara berhemah dan beretika bukannya bersifat radikal, berbohong, memfitnah dan sebagainya.

"Saya sebagai ahli dan penyokong PAS mengharapkan pimpinan pihak lawan lebih berhati-hati dan professional selama tempoh kempen bermula jam 26 Feb, jangan kita berkempen iktu nafsu tanpa memikirkan samada ianya halal di sisi agama dan undang-undang".

"Segala kerja buat kita ini dikira dan dicatat oleh malaikat dan dibentangkan di hadapan Allah pada Yaumul Mahsyar" tegas beliau.

Selain dari risalah Islam PAS masuk syurga terdapat risalah lain menghentam DAP, pimpinan PAS dan kegagalan kerajaan PR.

1 comments:

Unknown said...

Undi Pas masuk surga....taqkbirrrrrrrr

Post a Comment