Friday, February 18, 2011

SAMAN EKOR : PENGUNDI MERLIMAU PUNYA PELUANG AJAR KERAJAAN BN

Beberapa orang rakyat negeri Melaka mengharapkan pengundi Merlimau membantu mereka bagi menyelesaikan masalah saman ekor.  Mereka mengharapkan pengundi Merlimau menolak calon BN pada PRK Merlimau 6 Mac ini kerana dizalimi dengan tindakan pihak berwajib yang akan menyenaraihitamkan semua pemegang saman ekor yang gagal membayar saman selepas 28 Feb.

Ahmad Amat, 50 dari Taman Pengkalan Jaya Bukit Katil berkata, pengundi Merlimau mempunyai peluang untuk mengajar kerajaan BN dengan menolak calon BN pada PRK Merlimau.

"Kami di Bukit Katil tak ada peluang mengundi dalam masa terdekat, jadi harapan kami hanya pada pengundi Merlimau, kalau BN degil juga saya rayu pengundi Merlimau tolak BN".

"Kerajaan nampaknya tetap bertegas mahu meneruskan sistem sama ekor yang zalim ini, jangan harap untuk dapat undi saya kalau saya diberi peluang mengundi sekarang" jelas Ahmad.

Fikri Amarudin, 21 dari Taman Angkasanuri, Batu Berendam pula kesal dengan sikap kerajaan yang langsung tidak mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Takkan tak boleh bertolak ansur langsung. Saya bimbang kerajaan ada agenda untuk 'meragut'; duit rakyat melalui saman ekor ini, yang jadi mangsa ialah rakyat"

"Pengundi Merlimau mesti mengambil peluang tolak BN sebagai isyarat bahawa rakyat menolak saman ekor dan seterusnya menolak kerajaan BN yang tidak prihatin masalah rakyat." kata Fikri.

Sementara itu, seorang remaja Fauzan Abdullah, 19 berkata saman ekor ini memang tidak adil kerana ianya dikenakan kepada pesalah tanpa diberitahu pada masa kesalahan itu dilakukan,

"Ada kawan saya yang kena saman tetapi kereta tersebut tidak pernah dipandu olehnya. Ini bukti nyata ianya tidak telus dan banyak berlaku kesilapan" tegas Fauzan yag mjasih belajar.


暗中抄牌:万里望选民有机会教训国阵政府

一些马六甲人民希望万里望选民能帮助他们解决暗中抄牌的问题。他们希望万里望选民在当地36日补选时拒绝国阵候选人,若他们在228日后没有缴交暗中抄牌的罚单,将会被有关当局列入黑名单内。

阿末阿马特,59岁,来自武吉卡迪Pengkalan  Jaya花园。他说道,万里望选民有机会在万里望补选中教训国阵及其候选人。

“我们武吉卡迪的人没有机会在短期内投票,所以我们的希望都寄在了万里望选民身上,如果国阵再继续固执下去,我祈求万里望选民否决国阵。”

“政府看来还是硬要落实残酷的暗中抄牌制度,如果现在能给我机会投票,他们妄想得到我的选票”,阿末解释道。

菲克里阿玛鲁丁,21岁,来自峇株安南的Angkasanuri花园,他为完全不体会人民需求和福利的政府而感到懊悔。

“哪会有不可能妥协的事。我很担心政府有抢夺的议程;透过暗中抄牌抢人民的钱,人民将是受害者。”

“万里望选民必须借此机会否决国阵,以人民拒绝暗中抄牌来暗示否决不体恤人民的国阵。”菲克里说道。

除此之外,一名叫法乌占阿都拉的19岁青年说道,暗中抄牌非常不公平,它在违反者不知何时发生的状况违反交通规则之下遭到处罚。

“我有个接到罚单的朋友,但他从未驾驶过那辆车子,事实证明暗中抄牌没有连贯性而且错漏百出。”仍在念书的法乌占强调。

补充:暗中抄牌(saman ekor)措施引起非议,尤其是车主对中交通传票一事毫不知情,最终却因没有缴交通罚款被列入黑名单,并且无法更新路税,对车主造成不便。交警躲在隐蔽处取缔违规车辆,而车主迟迟未收到交通传票,或者已忘记在甚么地点与时间,违反了交通规则,而无法当场证明本身的清白,是暗中抄牌引起争议的关键点。

 
 

0 comments:

Post a Comment