Friday, February 18, 2011

MERLIMAU:BUDAK SEKOLAH PULA MENJADI MANGSA POLITIK UMNO/BN

Umno/BN semakin terdesak untuk menghadapi pilihanraya  N 27 Merlimau. Pelbagai taktik kotor mula digunakan yang sudah menjadi lumrah Umno/BN setiap kali pilihanraya. Jika sebelum ini guru-guru di Merlimau diperalatkan dalam kempen politik yang dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, kali ini budak sekolah pula menjadi mangsa.

Berlindung di sebalik nama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, pelajar sekolah menengah di sekitar Merlimau telah dikerah kononnya  menghadiri program Sambutan Maulidur Rasul. Perasminya ialah  'ustazah' Senator Shahrizat Jalil bertempat di Dewan Serbaguna Merlimau Timur pada 16 Febuari lalu.

Walhal dalam majlis itu, Shahrizat berucap merasmikan gerak kerja pilihanraya wanita Umno sempena PRK Merlimau. Malah dengan nada angkuh Shahrizat berkata dalam sidang akhbar selepas itu bahawa beliau akan mengerah 5000 wanita Umno untuk mengempur Merlimau. Adakah yang 5000 ribu tu termasuk budak-budak sekolah di Merlimau?

Apa yang lebih malang lagi kerana politik sempit Umno, pelajar sekolah di Merlimau sehari suntuk meninggalkan kelas waktu persekolahan yang akan menjejaskan sesi pembelajaran. Malah tindakan mengerah pelajar ke program berkenaan dibuat tanpa melalui pihak Pejabat Pendidikan Daerah Jasin dan Jabatan Pelajaran Negeri seperti prosedur yang sepatutnya. Di samping itu pelajar dibawa ke program berkenaan tanpa mengisi borang kebenaran ibu bapa dan penjaga untuk aktiviti luar. Siapa yang akan bertanggungjawab jika berlaku hal yang tidak diingini menimpa pelajar berkenaan?

 Apakah pihak PPD dan JPN hanya membutakan mata dan memekakkan telingga dalam hal ini? Adakah ini semakin mengesahkan intitusi pendidikan juga menjadi alat politik dan kuda tunggangan Umno/BN?

1 comments:

Azman Md Safiee said...

Khas untuk Petugas Pilihanraya DUN Merlimau. Penginapan Strategik dalam DUN Merlimau:3 Rumah sewa dan 1 Hostel. Hubungi segera 0123736548 / 0136042525 / 06-5293031 atau boleh layari blog: http://jasinhomestay.blogspot.com/

Post a Comment