Saturday, February 19, 2011

RM50 UNTUK PELAJAR MELAYU DUN MERLIMAU.....

Lihatlah kebaikan Ketua Menteri Melaka dengan menyampaikan sejumlah wang dalam bentuk ASB hanya sebanyak RM50 seorang kepada lebih 60 orang pelajar Melayu. Persoalannya, kenapa tidak memberikan jumlah yang lebih besar terutamanya untuk memperbaiki prasarana sekolah Tahfiz serta bagi tujuan peningkatan sistem pendidikan Tahfiz yang terdiri dikalangan pelajar Melayu dalam negeri Melaka?

Beliau telah menyampaikan sumbangan simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) kepada pelajar sekolah menengah Dewan Undangan negeri (DUN) Merlimau di sini hari ini. Seramai 60 pelajar sekolah menengah dari kalangan keluarga berpendapatan rendah dalam DUN Merlimau terpilih menerima sumbangan ASB bernilai RM50 tajaan Yayasan Melaka melibatkan perbelanjaan kira-kira RM3,000.

Pelajar terbabit dipilih dari empat sekolah menengah dalam DUN Merlimau iaitu seramai 30 pelajar dari Sekolah Menengah Tahfiz Chenderah dan masing-masing 10 pelajar dari Sekolah Menengah Tun Syed Zahirudin, Sekolah Menengah Dang Anum serta Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub.

Cuba kita bandingkan jumlah RM50 tadi dengan peruntukan yang diterima oleh SRJK (C) Rasa semasa PRK Hulu Selangor sebanyak RM 3 juta. Dan semasa PRK Tenang pula kerajaan telah memberikan peruntukan RM 1.3 juta bagi lapan sekolah agama rakyat. Itu belum dikira lagi habuan kepada kaum India dan sebagainya.

Sepatutnya sebagai negeri yang digelar maju sepatutnya sekolah tahfiz yang terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu ini diberikan bantuan yang lebih banyak dan besar sesuai dengan pembelaan UMNO buat Melayu tetapi semuanya hanyalah sebuah lakonan politik. Sumbangan yang sedikit itupun baru diberikan selepas ADUN Merlimau telah meninggal dunia. Inilah minda melayu Ali Rustam.

2 comments:

Azman Md Safiee said...

HOSTEL 20 orang PRK Merlimau, 2 bthroom, aircond di hall, tv, kettle, iron,Tempat yg strategik, berdktn dgn BandarJasin, Bilik Gerakan, Peti Undi, Masjid dan Pusat Mengundi. RM 5000, boleh nego lg.. berminat hubungi 012-3736548 http://jasinhomestay.blogspot.com/

hungryghost said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment