Penduduk Merlimau kesal kerana Umno/BN memfitnah PAS terus menerus tanpa rasa bersalah. Awal pagi ini pengguna jalanraya terkejut apabila banner yang tertera perkataan 'Undi PAS Masuk Syurga' bersama-sama gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dipasang di merata tempat dalam Dun Merlimau.
Azmi Aziz, 25 dari Taman Muhibbah berkata ternyata Umno/BN terus memainkan isu ini sedangkan ianya tidak pernah dilakukan oleh PAS.
"Rakyat sudah tahu bahawa kerja jahat ini dilakukan oleh Umno sedangkan pemimpin PAS sendiri tidak pernah melakukan perkara itu, Umno sebenarnya sudah terdesak dan tidak ada isu baru".
"Saya yakin tindakan Umno ini akan memakan diri sendiri kerana rakyat sudah faham dan tahu siapa punya angkara" ujar Azmi.
Iskandar Zulkarnain Hamdan, 33 juga dari Taman Muhibbah kesal dengan kejadian fitnah memfitnah ini kerana ianya amat merbahaya dan menyebabkan budaya fitnah memfitnah ini berleluasa.
"Jangan ajar rakyat dengan budaya fitnah memfitnah, kami tidak suka politik seperti ini dilakukan di Merlimau"
"Kami tidak akan mengundi parti yang kerjanya asyik buat fitnah dari pagi sampai ke malam, tak cukup surat khabar, TV sehingga kepada edaran gambar-gambar lucah" ujar Iskandar.
Mohani Osman, 41 dari Jalan Pahlawan, Merlimau berkata rakyat sudah nuak dengan politik fitnah memfitnah sebaliknya rakyat mahukan semua pihak matang dan professional.
"Rakyat sudah celik dan dapat maklumat dari semua media, jangan cuba buat fitnah, kami sudah cerdik susah hendak ditipu".
"Dulu keluarga saya ramai yang sokong BN tetapi oleh kerana sikap Umno yang suka membazir, memfitnah dan tidak menghiraukan rakyat dan agama, kami ramai-ramai beralih angin" ujar Mohani.
0 comments:
Post a Comment