Friday, March 4, 2011

KOTORNYA KEMPEN BN DI MERLIMAU

Pilihanraya adalah medan untuk pengundi memilih calon pemimpin yang boleh mewakili mereka. Begitu juga dalam PRK Merlimau ini, berlandaskan amalan demokrasi pihak parti yang bertanding dibenarkan berkempen secara sihat untuk memperkenalkan calon dan visi serta misi mereka bagi membela rakyat.

Namun keganasan dan kempen tidak bermoral BN di Merlimau pada kali ini sungguh melampau. Tindakan yang tidak sihat ini telah mencemarkan etika kempen yang sihat. Pihak Polis dan SPR perlu mengawal tindak-tanduk jentera parti BN yang bertindak melampaui garis sempadan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau sangat kotor dan bertentangan dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan BN, lapor Harakahdaily.

Lim yang kesal dengan beberapa perbuatan khianat termasuk penyebaran risalah fitnah berkata, Umno BN harus bertanggungjawab dalam perkara berkenaan.

"Kempen ini mahu menonjolkan 1Malaysia yang sepatutnya menunjukkan perpaduan dan satu kempen yang bersih.Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau sangat kotor dan bertentangan dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan BN, lapor Harakahdaily.

"Tentulah Barisan Nasional. Tak boleh lari daripada itu," kata beliau pada sidang media di bilik gerakan DAP, pekan Merlimau, petang semalam.


NONE

0 comments:

Post a Comment