Friday, March 4, 2011

CERAI SETIAP 15 MINIT : BN PUNCA MASYARAKAT HANCUR...

Apa dia erti kemajuan dengan slogam 1Malaysia bagi kerajaan BN? Adakah diukur dengan pembinaan bangunan 100 tingkat?  Adakah dengan pemberian kain batik setiap  kali piliharaya kecil? Adakah dengan membuat tar baru bagi jalan-jalan dalam pilihanraya dianggap pembangunan madani bagi BN?

BN hanya mementingkan hawa nafsu pemimpinnya untuk membuat segala macam projek sehingga lupa kepada kehidupan harmoni dalam masyarakat. Bidang agama  dalam penghayatan Islam dipandang remeh, soal menutup aurat dikalangan mereka pun dianggap kolot, isu pembuangan bayi, sekolah harapan, kes dadah, HIV, rompakan, kes bunuh, rogol, culik dan sebagainya menunjukkan runtuhnya institusi masyarakat. Apa BN buat? Lihat statistik di bawah ini...

AMAT MENGGERUNKAN...Selang 15 minit pasti ada pasangan yang telah berumahtangga akan bercerai. Malaysia yang diperintah BN tidak lagi mementingkan pembentukan jiwa dan rohani dalam masyarakat. Ayuh rakyat Malaysia, berubahlah sekarang jika tidak generasi kamu pada masa akan datang akan menjadi porak-peranda mengikut acuan 1Malaysia ciptaan BN.
 Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan perceraian berlaku dalam kalangan umat Islam dicatatkan setiap 15 minit pada tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama dalam kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

“Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia yang disertai 1,200 penjawat awam.

1 comments:

aku komen said...

org2 pas kat kelantan yg paling byk bercerai nikah lain.... cerai..... nikah lain..... kenapa tak cakapkan.....

Post a Comment