Petikan.KOSMO,HARI INI : Sebanyak 2,000 pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau ’hilang’ dan gagal ditemui berikutan tidak lagi tinggal di alamat yang didaftar. Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jentera BN telah berusaha menjejaki ‘kehilangan’ pengundi-pengundi tersebut ke semua alamat namun gagal menemukan mereka. “Kita akan terus berusaha mencari mereka supaya datang mengundi pada hari Ahad ini kerana undi mereka penting.
KENAPA ALI RUSTAM MENGGELABAH?
1. Jika kesemua 2,000 pengundi tadi ialah pengundi yang telah dan akan mengundi Umno maka pastilah beliau risau kerana peluang untuk calon Umno tewas terbuka luas.
2. Pastinya jika menang sekalipun majoriti undi adalah kecil dan ini menampakkan kegagalan beliau sebagai pengarah pilihanran BN di Merlimau.
Atau adakah ini sebagai helah dalam strategi politik berkempen di Merlimau yang dilakukan oleh BN. Biarlah kesemua 2,000 pengundi itu adalah pengundi Umno.
Atau adakah ini sebagai petanda "PENGUNDI HANTU" akan lahir di Merlimau sehari dua lagi, sama-samalah kita nantikan.
0 comments:
Post a Comment