Friday, February 11, 2011

UMNO ALAT MCA BUKAN PAS ALAT DAP - TOK GURU NIK AZIZ

Merlimau : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Umno/BN mengemukakan bukti yang PAS menjadi alat DAP.

"Cuba bawa mari satu bukti bahawa PAS menjadi alat DAP, tak dak satu pun, yang pasti Umno menjadi alat MCA".

"MCA suruh Umno/BN tolak Islam, Umno ikut, suruh buang tulisan jawi Umno ikut, Umno jadi alat MCA"tambah Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Menurut Tuan Guru walaupun PAS berkawan dengan DAP, PAS tetap mempertahankan dasar Islamnya yang menjadi asas perjuangan PAS. Buktinya PAS tidak pernah mengubah perlembagaan yang jelas meletakkan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan qias sebagai asas dan dasar perjuangan.

Tuan Guru juga berkata PAS akan terus menentang perjuangan Umno kerana jelas parti itu menolak perjuangan Islam.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau di sini malam tadi. Turut menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah YB Salahuddin Ayub, YB Goh Leong San dan lain-lain pimpinan PR Melaka.

4 comments:

Unknown said...

Sam ketot xder ker???
sian dia anak jati jasin x dipanggil berucap

Unknown said...

rilek lah admin....banyak mase lagi x kan awal2 dah block
aku kat fb. Berani kerana benar takut kerana salah.
TAKUT pasal SALAH ker???
Pengundi2 Merlimau sendiri bole nilaikan kredibiliti parti PAS ni....
sedar lah orang2 pas, jadikan prk tenang sebagai contoh
anda kalah....bole ker Pas menang kat Merlimau???

KYS said...

Ank,

Menang kalah alat bertanding. Bukan kemenangan yang Allah lihat tapi keikhlasan dan keteguhan kita mempertahankan Islam dan kebenaran.

Ank, kalau kau nak menang ambiklah bawak menang kau tu masuk kubur. Boleh ke tidak menang UMNO tu tolong kau masa depan MALAIKAT nanti. Menang dahla cara ngelat.

Nabi Nuh a.s cuma dapat beberapaa ratus pengikut sahaja selepas berdakwah selama lebih 900 tahun. Adakah beliau seorang yang kalah ?

Malah Nabi Zakaria a.s, Nabi Yahya dibunuh umatnya, adakah beliau seorang yang kalah ?

Sayyid Hassan Al-Banna mati dihukum gantung, adakah beliau seorang yang kalah.

Tidak, malah merekalah orang yang menang dan benar di hadapan Allah s.w.t.

LAWAN TETAP LAWANNNNNN ! Takbir !!!!

Shah Rizar said...

menang x semestinya betul.. kalah x semestinya salah..

Post a Comment