Friday, February 11, 2011

PROJEK 'MEE SEGERA' MULA MENCURAH-CURAH

Sejak meninggalnya Adun Merlimau, Mohd Hidhir Abu Hassan beberapa minggu lalu, projek 'mee segera'  sudah mula mencurah-curah di Merlimau.

Terbaru persimpangan Lebuh AMJ berhampiran lampu isyarat, menghala ke Pekan Merlimau, pihak kontraktor sibuk menurap jalan tersebut. Di samping itu pekerja-pekerja landskap juga sibuk mengidahkan pemandangan di persimpangan tersebut.

Projek 'mee segera' ini akan terus dijalankan sebagaimana rutin biasa bila adanya pilihanraya samada umum atau kecil.

Kita mengucapkan tahniah kepada pengundi Merlimau kerana sudah pasti mereka akan memperolehi pelbagai projek 'mee segera' dalam masa terdekat. Suatu nikmat yang jarang diperolehi jika tiada pilihanraya kecil.

Mintalah apa sahaja sudah tentu BN akan melaksanakannya untuk memancing undi. Pengundi Merlimau diharapkan dapat memikirkan apakah tujuan BN melaksanakan projek adakah untuk kepentingan rakyat atau undi mendapatkan undi?

8 comments:

Unknown said...

ader juagak projek dari BN...PAS bagi projek aper????

Raja Ban Jir Bin Tengku Juh said...

mampus la.. pegi bw projek masuk lubang kubur la UMNO/BN..

Unknown said...

orang PAS x baek maki hamun....marah sangat nampak.
MPJ punya kontraktor buat maintenance landskap jer tuh
x payah lah nak spin2...rakyat merlimau sume sekolah tinggi bro

azli muda said...

beruntung orang merlimau dpt projek mee segera. semua mintak pasti dpt, mungkin mintak jamban ekspres pun boleh dpt insyaallah

Unknown said...

rilek lah admin....banyak mase lagi x kan awal2 dah block
aku kat fb. Berani kerana benar takut kerana salah.
TAKUT pasal SALAH ker???
Pengundi2 Merlimau sendiri bole nilaikan kredibiliti parti PAS ni....
sedar lah orang2 pas, jadikan prk tenang sebagai contoh
anda kalah....bole ker Pas menang kat Merlimau???

si lembik's said...

Adun Mati Merlimau Maju 2011

Lebai Cute said...

Kredibilti pas dah terbukti dengan 3 buah negeri bro. takkan utusan/tv3 tak cerita. oops lupa lak mana bole cerita nanti rakyat tau susah. silap kontot misai si ali tu macam hitler hahaha...

Anak Perelih said...

ank... projek segera tu dari duit rakyat... bukan dari duit UMNO... kalau PAS perintah, PAs pun boleh bagi projek ... tetapi dengan telus dan beramanah... bukan macam UMNO... rasuah berjela jela....

Post a Comment