Monday, February 21, 2011

PROJEK GAJAH PUTIH? GAJAH SIAM? ALI RUSTAM MARAH.....

Dipetik dalam Malaysiakini, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam melenting apabila cuba menafikan bahawa projek MIMC sebagai projek gajah putih dan pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan BN pimpinan beliau. Beliau menyifatkan PAS kini menyibuk apabila menyifatkan projek Melaka International Motorsport Circuit (MIMC) berhampiran Tol Plaza Ayer Keroh yang disita sejak Ogos tahun lalu sebagai projek 'gajah putih'.

"Yang PAS nak sibuk-sibuk ni kenapa, mereka bukannya main go kart, mereka main fitnah. Kami orang muda main go kart jadi kerajaan negeri buatlah.

"Kita serahkan pengurusannya kepada sebuah syarikat yang biasa dengan sukan ini tetapi pihak pengurusannya iaitu sebuah syarikat dari Selangor gagal melunaskan beberapa bayaran sepatutnya termasuk sewa jadi kita rampaslah.
Pelikalah Ketua Menteri Melaka ni, kenapalah projek berjuta-juta diringgit boleh disita? Nak kata MIMC tempat anak-anak muda main go kart betullah tapi di Melaka anak-anak siapalah yang mampu main go kart tu? Adakah kajian telah dibuat mengira nisbah budak-budak yang main go kart? Jika setakat 20-30 muda-mudi yang boleh main go kart di Melaka yang maju ni, memanglah tak perlu buat projek ni, sebab akhirnya projek tak laku dan pengurusan pula tak dapatlah hasil, bila takde hasil macamana nak bayar sewa, cubalah Ali Rustam fikir bersama. Anak-anak muda la ni suka merempit adalah,tak percayalah tenoklah mereka merempit membawa bendera BN setiap malam di Merlimau ni.

Sebenarnya projek tu penting untuk kroni sahaja, relevan atau tidak projek itu tidak dikira. Kalau Ali Rustam kata MIMC bukan projek gajah putih, jadi nak kata projek apa? Gajah Siam?.....(mzz)

1 comments:

amir said...

kesian kami org2 merlimau dpt ketua menteri yang kurang cerdik

Post a Comment