Monday, February 21, 2011

POLITEKNIK MERLIMAU TERUS DISALAHGUNA BN.....

BN yang diketuai Umno terus rakus menggunakan premis kerajaan iaitu institusi kerajaan yang menjalankan agenda pendidikan dengan menganjurkan pula taklimat khas dan kursus jentera Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau di Dewan Titanium, Politeknik Merlimau di sini semalam.

Kerakusan penyelewengan penggunaan premis kerajaan ini diketuai oleh Ahmad Maslan, seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno seakan buta mata dan buta hati apabila secara sewenang-wenangnya menyalahgunakankan premis kerajaan bagi tujuan politik BN.
Persoalannya?

Kenapa BN terus menggunakan institusi pendidikan bagi tujuan politik. Kenapa tidak menggunakan bilik operasi mereka yang tersergam mewah dan indah yang terletak berhadapan Politeknik Merlimau yang dikatakan dibina dengan kos mencecah RM500,000. Kenapa Ahmad masih suka kepada premis kerajaan? Apa pendapat rakan sekutu BN iaitu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ?

Kepada pengundi di N27 Merlimau dan semua rakyat Malaysia, HENTIKANLAH PENYELEWENGAN UMNO BN terhadap institusi pendidikan ini. SELAMATKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK KITA daripada terus dicabuli BN. (mzz)

0 comments:

Post a Comment