Monday, February 14, 2011

PENGUNDI MERLIMAU JADI ANAK EMAS


Sebaik sahaja berita Adun Merlimau, Allahyarham Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan meninggal dunia, BN segera mencongak dan menilai apakah projek pembangunan yang boleh dilaksanakan di Merlimau. Sudah menjadi lumrah bagi kerajaan BN, bila ada kematian di kalangan Ahli Parlimen atau Adun maka sudah tentu mereka akan menjalankan projek-projek pembangunan 'mee' segera' guna untuk memancing undi dan mengabui mata rakyat.

Jika Wakil Rakyat tidak meninggal maka tiadalah projek itu dibuat kerana tidak keperluan segera untuk kerajaan BN melaksanakannya. Ternyata slogan 'rakyat didahulukan' hanyalah manis dibibir sahaja.

Inilah nasib rakyat Malaysia yang sering dipermain dan diperbudakkan oleh BN lantaran kesilapan rakyat  yang tersilap pilih kerajaan. Sepatutnya rakyat kena sedar bahawa pembangunan itu adalah tanggungjawab sesebuah kerajaan negeri di mana-mana pun. Di Thailand, Umno/BN tiada, tetapi pembangunan tetap berjalan malah di sesetengah tempat ianya jauh lebih maju dari Merlimau. Ini membuktikan bahawa pembanguna itu adaalah hak rakyat dan kerajaan tidak boleh mendabik dada menyatakan itu adalah hasil dari duit kerajaan dan kebijaksanaan kerajaan BN.
Oleh itu kita menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Merlimau supaya berhati-hati memilih calon supaya kita tidak ditipu untuk kesekian kalinya.

Kita bersyukur dengan pembangunan 'mee segera' yang dilaksanakan tetapi janganlah kerana pembangunan tersebut kita dapat membezakan yang mana baik dan buruk. Kita harus sedar pembangunan itu adalah hasil dari wang rakyat melalui cukai bukannya duit BN. Kalau BN benar-benar ikhlas ingin menjalankannya mengapa mereka menunggu sehingga wakil rakyat meninggal dunia baru ianya hendak dilaksanakan.

Sehari dua ini kita dapat melihat jentera berat, pekerja landskap dan sebagainya sibu menurap jalan dan mengindahka landskap. Mengapa selama ini tiada pula projek ini dibuat?

Malah bukan sahaja projek-projek besar dijalankan, rakyat juga diminta meminta apa sahaja yang mereka mahu asalkan mereka berjanji mengundi BN pada 6 Mac nanti. Ada antara pengundi itu meminta rumah mereka diperbaiki, bantuan ubat-ubatan malah ada yang memohon set karaoke percuma.

Pendek kata kenyanglah penduduk Merlimau .......tetapi jangan pula selepas kenyang mereka tidak dapat membezakan yang hak dan batil sehingga mereka 'disembelih' seorang demi seorang ............maruah dan harga diri mesti dipertahankan.

Gambar ihsan blog Kijang59

4 comments:

En Azman said...

Kami menyediakan 3 buah rumah sewa dan 1 Hostel Sempena PRK DUN Merlimau Untuk 14 Feb-8 Mac. Hubungi segera 0123736548 / 0136042525 / 06-5293031 @ http://jasinhomestay.blogspot.com

Unknown said...

sebelom hari mengundi anak emas selepas mengundi jd anak tiri....sedar2lah melayu sampai bila nak ditipu oleh bangsa sendiri,cukup2lah melayu jgn tido lagi,jgn sampai semua dah tergadai baru nak sedar....

Unknown said...

wahai anak2 melayu melaka,bukalah mata dan minda kalian semua lihat apa yg berlaku di Melimau skrg...knp begitu byk kemudahan dan bantuan disalurkan sekarang kenapa tak disalurkan sebelom ini,mungkin sb blom ada wakil rayat BN yg mati...jd berdoalah agar wakil rayat BN ditempat kalian mati sebelom pilihanraya,agar ditempat kalian jg akan dislurkan bantuan dan kemudahan dgn segera.....ALLAHHUAKBAR 3X!!!

Hidup Biar Berjasa said...

bukan sebab wakil rakyat mati...setiap kali pr memang macam tu...wakil rakyat sendiri bukan wakili rakyat macam mana projek nak masuk...

Post a Comment