Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor berkata PAS perlu berhenti dari menggadaikan maruah dan prinsip Islam kerana semata-mata mahu berkuasa. Namun Ezam tidak menunjukkan bukti nyata apakah prinsip Islam yang digadai oleh PAS.
Kita hairan dengan dakwaan Ezam ini kerana PAS tidak pernah menggadaikan prinsip Islam dalam perlembagaan dan tindakannya dari dahulu, kini dan selamanya.
Setahu kita Umno lah yang menggadaikan prinsip Islam dengan mengenepikan syariat Islam dalam perundangan, pentadbiran dan segala tindak tanduk mereka. Undang-undang yang digunapakai di negara kita bukan undang-undang Islam; sistem ekonomi masih sistem kapitalis dan riba; sistem pendidikan masih sekular dan segala macam perkara semuanya Islam dipinggirkan. Hatta dalam perkara asas seperti aurat pun mereka gadaikan maruah Islam dengan mendedahkan aurat dan menjalankan pertandingan festival busana muslim yang terang-terang menghina Islam.
Siapa yang menghina sebelum ini apabila menuduh jika undang-undang Islam di laksanakan negara tidak maju, habislah batu di negeri kita digunakan untuk merejam penzina dan macam-macam lagi.
Dalam keadaan sosial dan jenayah yang membarah di negara kita, Islam terus dipinggirkan sehingga tidak satu pun ucapan pemimpin Umno yang mahu kembali kepada penyelesaian Islam.
Jelas sekali Ezam dan Umno terus memainkan isu ini untuk kepentingan politik sempit mereka dengan mengenepikan fakta dan sejarah.
Tuesday, February 15, 2011
UMNO SUDAH LAMA GADAIKAN PRINSIP ISLAM
8:28 AM
Suara Merlimau
1 comments:
dia tahu ke makna prinsip...kalau tak dia tak jadi pencacai umno...diri sendiri lintang-pukang...basuh dulu tahi kat buntut tu,ezam.
Post a Comment