Saturday, February 19, 2011

PAS MELAKA TELAH LAMA BERSEDIA : Pesuruhjaya

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Melaka telah sekian lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya termasuk pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac ini.Dalam menghadapi PRK Merlimau pula, PAS Melaka turut mempunyai harapan besar untuk menang, berdasarkan perubahan yang berlaku dalam masyarakat sekarang yang lebih yakin dengan PAS atau Pakatan Rakyat, berbanding Umno atau BN.


Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (gambar) menegaskan, untuk menghadapi PRK Merlimau, pihaknya telah pun mempunyai beberapa nama untuk diserahkan kepada PAS Pusat untuk dipertimbangkan.Menurut beliau, sehingga kini, pihaknya telah pun menyenarai pendekkan tiga atau empat nama untuk dipilih sebagai calon bagi PRK Dun Merlimau bagi pertimbangan PAS Pusat.

“Kesemua nama-nama itu adalah anak tempatan Merlimau. Kami telah memutuskan memilih orang tempatan sebagai calon bagi mengelakkan beberapa perkara yang tidak diingini termasuk penerimaan para pengundi di kawasan Dun Merlimau itu sendiri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, Umno atau BN sebenarnya tidak akan menang dalam pilihanraya jika mereka bertanding dengan cara betul, tetapi kemenangan mereka disebabkan sikap mereka sendiri sejak dulu yang sering menipu dan berbohong dalam pelbagai sudut dalam menghadapi pilihanraya.

“Di Melaka sebagai contohnya, Melaka dikatakan negeri maju, tetapi bagaimanakah pula dengan rakyatnya. Adakah orang-orang Melaka juga maju dan kaya raya?

“Yang kaya hanyalah para pemimpin atasan Umno atau BN, tetapi orang ramai termasuk ahli-ahli dan para penyokong Umno dan BN sendiri tak juga kaya-kaya sejak dulu.

“Itulah antara bukti penipuan para pemimpin Umno dan BN kepada seluruh rakyat Malaysia selama ini, termasuk kepada rakyat Melaka,” tegasnya.

Oleh itu, beliau berharap agar orang ramai termasuk para pengundi di Dun Merlimau akan lebih faham dengan penipuan para pemimpin Umno dan BN kepada mereka selama ini dengan bangun mengubah sokongan kepada PAS atau Pakatan Rakyat.

Kepada semua pengunjung, petugas, penyokong, pendokong dan sebagainya, hadirlah memberikan kemenangan kepada rakyat.

0 comments:

Post a Comment