Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

2011 TEPAT 500 TAHUN SETELAH KEJATUHAN EMPAYAR MELAKA

Pengajaran Dan Yang Tersirat. (SIRI 1)

Melaka sebelum ditawan Portugis atau Peringgi ialah sebuah pusat perdagangan yang maju di Asia Tenggara. Semua masyarakat Melayu bangga dengan Melaka kerana pernah unggul dan mencapai kemuncaknya sebelum ditawan Feringgi atau Portugis. Kehebatan Hang Tuah dan Tun Perak, pencetus wawasan empayar Melaka, memeriahkan lagi sejarah kegemilangan kesultanan Melayu Melaka.

Sejarah Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara atau Sang Nila Utama dari Temasek (Singapura) untuk mencari penempatan baru. Melaka dinamakan sempena pokok Melaka yang diguna Parameswara untuk berteduh. Kerajaan Melayu Melaka akhirnya berjaya dibentuk oleh Parameswara, kesenimbungan dari kerajaan Melayu di Singapura.

Kota Melaka berjaya menarik pedagang luar datang berniaga termasuk utusan Maharaja China pada tahun 1405. Melaka berjaya berkembang sebagai pusat perdagangan sehingga Maharaja Cina mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah dan negeri Melaka sebuah kerajaan yang sah. Parameswara atau nama Islamnya Raja Iskandar Shah akhirnya berjaya menjadikan Melaka sebuah pusat perdagangan yang maju dan mempunyai hubungan luar dengan Cina.

Ringkasan pemerintahan raja-raja Melaka.

1400 – 1414: Raja Iskandar Shah (nama Islam Parameswara)
1414 – 1424: Raja Megat Iskandar Shah
1424 – 1444: Sultan Muhammad Shah
1444 – 1445: Sultan Ibrahim/Sultan Abu Sayid – dibunuh oleh pembesar Melaka akibat rasa tidak puas hati dengan pemerintahannya.
1445 – 1459: Raja Kassim/Sultan Muzaffar Shah. Melaka pernah diserang sebanyak 2 kali oleh Siam. Dipatahkan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah.
1459 – 1477: Sultan Mansur Shah – zaman kemuncak Melaka. Kegemilangan Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.
1477 – 1488: Sultan Alauddin Ri’ayat Shah
1488-1511: Sultan Mahmud Shah

Sejarah kejatuhan empayar Melaka sangatlah panjang untuk diikuti. Kesimpulan awal dalam sorotan pertama ini dapatlah dinyatakan bahawa akibat utama kejatuhan Melaka ialah akibat perbuatan Sultan, fitnah dan rasa iri hati serta tamak menonjolkan watak pelaku seperti Mandeliar, Si Kitol dan Utimutiraja sebagai pembelot.

Mereka inilah yang membantu Portugis masuk dari pintu belakang menyerang Melaka dan tidak dijangka oleh pengawal-pengawal kota Melaka. Ibarat gunting dalam lipatan, diam-diam ada musuh dikalangan kita!

Kini setelah 500 tahun sejarah kejatuhan Melaka tercipta sebagai sejarah, maka akan adakah detik kejatuhan Melaka pada tahun ini iaitu genap 500 tahun sejarah terpahat.... Ikuti sorotan kedua................

Sumber:-
1.Sejarah Melaka – Sejarah Malaysia.
2.Wikipedia – Kesultanan Melaka

隐匿起来的教训(第一话)

在葡萄牙入侵之前的马六甲,是东南亚最繁荣的商贸中心。所有马来族群都为杰出和达到顶峰的马六甲为深感光荣。汉都亚与敦霹雳的伟大、马六甲帝国的出现,都为马六甲王朝辉煌的历史增添不少光彩。

马六甲的历史源自于从淡马锡(新加坡)前来找寻新据点的拜里米苏拉。马六甲的命名出自拜里米苏拉歇息的马六甲树。马六甲王朝最终由拜里米苏拉所建,这是新加坡马来王朝的延续。

马六甲在1405年成功迎来了包括中国皇帝在内的外国商人。马六甲成功扩展为商贸中心,拜里米苏拉和马六甲州甚至被中国皇帝钦定为合法政府。拜里米苏拉(回教名为伊斯甘达沙王)最终使马六甲成为了繁荣,并与中国建交的商贸中心。

马六甲王朝统治者:
  1. 拜里米苏拉 即位于1400年至1414年
  2. 苏丹依斯干达沙 即位于1414年至1424年
  3. 苏丹莫哈末沙 1424年至1444年
  4. 苏丹依布拉欣沙 即位于1444年至1445年(被不满其统治的大臣杀害)
  5. 苏丹慕查法沙 即位于1445年至1459年(暹罗两次进犯马六甲,被敦霹雳和敦汉萨击退)
  6. 苏丹满速沙 1459年至1477年(敦霹雳及汉都亚的鼎盛时期,苏丹迎娶汉丽宝公主)
  7. 苏丹阿拉乌丁沙 1477年至1488年
  8. 苏丹玛末沙1488年至1528年
马六甲帝国灭亡的历史有冗长的过程。最初的终结得以映照在马六甲灭亡的主因,源自于苏丹的作为、毁谤与妒忌心,和贪婪显露出了诸如Mandeliar王、Si Kitol和Utimutiraja(爪哇商人)等叛徒的实践角色。

他们协助葡萄牙人在不被马六甲城守卫察觉之下,从后门攻入马六甲,就如剪刀被折叠般,静悄悄地在我们周围。

至今,马六甲灭亡500年的历史创造了历史,然而今年马六甲灭亡的时刻是铭刻了500年的历史全貌吗?

Wednesday, February 16, 2011

PENIAGA DI MERLIMAU KINI BERTAMBAH REZEKI….



Musim pilihanraya memang dinanti-nantikan oleh para peniaga di kawasan terbabit. Ini terbukti dengan kemeriahan serta sambutan nyang menggalakkan di kalangan peniaga-peniaga tempatan hatta daripada luar pun bersusah payah  untuk datang berniaga  Merlimau sempena ceramah Pakatan Rakyat malam tadi di UPU Permatang Pasir. Ketika ditanya pada salah seorang peniaga, beliau datang dari Kuala Lumpur semata-mata membuka gerai sambil mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat malam tadi.
Ironinya, kesemua peniaga tersebut hanya berniaga di tapak ceramah anjuran Pakatan Rakyat yang membariskan penceramah hebat iaitu YB Dr.Hatta Ramli, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menggamit kehadiran lebih 5000 pendengar sehingga penuh sesak kawasan ceramah dan melimpah ruah ke tengah jalanraya kampung Permatang Serai.
Manakala selang 500 meter sahaja diadakan juga ceramah BN yang dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka sendiri iaitu YAB Dato Ali Rustam namun jumlah pendengar hanyalah sekitar 60 hingga 100 orang sahaja. Tidak ada langsung gerai-gerai yang didirikan di kawasan tapak ceramah BN kerana mungkin peniaga sendiri menyedari akan mengalami kerugian jika membuka gerai di kawasan tersebut dengan jumlah pendengar yang amat kecil tersebut.
Tambah seorang peniaga dari Muar Johor, “Saya akan datang berniaga secara tetap di mana-mana tapak ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Merlimau kerana hasil jualan yang amat memberangsangkan”….seloroh beliau sambil tersenyum.
Kepada semua peniaga dan bakal peniaga baru, datanglah ke mana-mana tapak ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Merlimau. Dapatkan maklumat serta info semua jadual ceramah pakatan Rakyat dalam web kami setiap hari. Rebutlah peluang yang ada hasil usaha dan pengorbanan seluruh rakyat yang bersedia untuk berubah.  (mzz)

Friday, February 11, 2011

Nik Aziz Di Merlimau

Perasmian Markas Induk PAS PRK Merlimau di Taman Muhibbah, Merlimau oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijadualkan pagi ini ditunda pada jam 11.00 pagi esok (12 Februari).
Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri Melaka, Bahiki Ismail berkata, lain-lain program yang melibatkan Tuan Guru termasuk menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau pada 8.00 malam ini tidak berubah.
Tambahnya, Tuan Guru juga akan menyampaikan ceramah bermula jam 9.00 malam esok di As-Solihin Merlimau bersama-sama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.