Sunday, February 13, 2011

DEBAT : CADANGAN KETUA MENTERI MENGGELIKAN

Cabaran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang bersedia untuk berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) amat menggelikan hati pimpinan PR dan penyokongnya.

Dalam kenyataan media yang dipetik dari Sinar Harian hari ini, Mohd Ali berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dari kalangan pimpinan PR.
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman sudah lama menyahut cabaran Ketua Menteri  namun sehingga kini beliau tidak bersedia untuk berdebat dengan PAS.
Cabaran Ali Rustam sudah lama disahut oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani  tetapi beliau sering berdolak dalik dan memberikan alasan”.
“Tindakan beliau yang mencadangkan debat dilaksanakan secara bersebelahan amat menggelikan hati dan membuktikan beliau tidak berani berdebat secara berdepan”.
“Mana ada orang berdebat dari jauh atau bersebelahan, di Amerika dan lain-lain Negara maju pimpinan mereka berdebat di atas pentas yang sama,rakyat dan wakil media bertanya secara spontan dan kedua-dua pendebat menjawabnya” jawab seorang penyokong PAS.
Menurutnya tindakan Ali Rustam yang mencadangkan debat dilaksanakan secara berselahan merupakan debat cara orang penakut dan tidak berani berdepan. 
"Tidak sepatutnya seorang Ketua Menteri berkata demikian kerana cadangan seumpama seperti cadangan seorang budak" tegas beliau.

3 comments:

Lebai Cute said...

Malu plak aku nak mengaku ada sedara kat Melaka. Naper ajak debat macam tuh. Bidaah tuh hehehe... mana ada orang debat lagu tuh.
Anyway kalau ada debat insyallah aku akan duduk depan sekali kat khemah ali misai kontot.

Loq said...

TV3 interview dia pun jawab gaya budak SPM tak lulus.Tok sah la wey.

Hidup Biar Berjasa said...

debat dalam internet jelah cakap ngan dia, tak ade orang tahu...pakai nama palsu...baru tak malu...

Post a Comment