Monday, February 14, 2011

LACUR DAN JUDI : TUDUHAN BERNIAT JAHAT DAN TIADA BUKTI

Media terus mendedahkan keburukan dan kelemahan kerajaan negeri Kelantan. Namun tuduhan dan fitnah itu tidak pernah dibuktikan dengan jelas dan kukuh. Ianya hanya tuduhan dan fitnah semberono yang belum tentu benar.
Semalam Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kelantan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pendedahan media mengenai terdapatnya penjualan tiket loteri haram dan pelacuran yang masih bergerak bebas di bandar Kota Bharu membuktikan Kelantan bukanlah negeri "bersih" segala-galanya.
Terbukti tuduhan tersebut berniat jahat dan hanya bertujuan untuk menggambarkan imej tidak bersih, tidak cekap dan tidak konsistennya kerajaan Kelantan terhadap ajaran Islam.
Semua rakyat tahu bahawa pembenterasan penjualan tiket loteri haram (jika benar ada di Kota Baharu) adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan Polis bukannya kerajaan tempatan dan kerajaan negeri. Kerajaan Tempatan hanya mempunyai kuasa untuk menutup premis perniagaan yang tidak membayar lesen premis sahaja.
Bagi tuduhan ujud kegiatan pelacuran ianya perlu dibuktikan oleh pihak yang menuduh. Kita menyambut baik aduan yang dibuat dan kita pasti kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Islam Kota Baharu akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini. Semua orang tahu bahawa sebaik sahaja kerajaan negeri diambil alih oleh PAS, mereka telah merobohkan semua premis pelacuran yang begitu maju dan banyak semasa pemerintahan kerajaan negeri di bawah BN. Industri pelacuran di zaman pemerintahan kerajaan BN begitu maju sehingga ianya tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan.
Namun ianya berjaya di atasi oleh kerajaan PAS dengan menjalankan operasi bersepadu dan konsisten. Namun memang ada pihak-pihak yang cuba untuk menghidupkan kegiatan jijik ini untuk mencari keuntungan mudah dan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan sentiasa memantaunya.
Kita bimbang tuduhan ini adalah tuduhan jahat pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan dan PAS itu sendiri.
Webmaster.

0 comments:

Post a Comment