Monday, February 21, 2011

ARTIS MELAYU MASUK PAS : Bukti Tuduhan Umno Hanya Fitnah

Pengumuman artis terkenal, pengacara, penulis lirik dan bekas pengkritik tetap Raja Lawak 5 iaitu Bob Lokman (foto) menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) sesungguhnya sesuatu yang amat mengejutkan semua pihak.

Malah kehadirannya dalam beberapa program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini banyak menimbulkan tanda tanya peminat hiburann tanahair. Namun, segalanya terjawab apabila Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut,Kedah semalam.
 Pengacara rancangan "Teksi Tunai" Astro itu menyerahkan borang keahliannya kepada YAB Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah. Kemasukan beliau ke dalam PAS menyebabkan ramai pemimpin UMNO "kecut perut" sebenarnya. Ini kerana artis itu punyai ramai peminat yang terdiri dari kalangan generasi muda.
Kemasukannya ke dalam PAS membuktikan parti itu kini mula diterima oleh golongan artis. Sebelum ini PAS mempunyai Ustaz Akhil Hayy, kemudian Ringgo Arrow dan kini diikuti oleh Bob Lokman. Cuma yang masih dinantikan ialah pengumuman rasmi oleh Amy Seacrh sahaja yang dipercayai telah bersama perjuangan parti PAS sejak kebelakangan ini

 TUDUHAN UMNO MENGARUT

Kemasukan Bob Lokman membuktikan tuduhan SUA Umno bahawa sokongan orang Melayu kepada PAS semakin merosot adalah fitnah semata-mata. Bob Lokman adalah seorang Melayu malah beliau juga adalah artis terkenal tanahair kita. Ayuh semua artis melayu dan pemuda-pemudi melayu dan semua beliau melayu yang selama ini menyokong PAS secara senyap, tunjukkanlah sokongan terbuka untuk PAS.

sumber: www.pahangdaily.blogsot.com

0 comments:

Post a Comment