Projek Gajah Putih lagi? Melaka akan membina sebuah buaian roda gergasi atau "Eye on Malaysia" yang baru dalam tempoh lapan bulan lagi sebagai mengantikan produk pelancongan sebelumnya yang terletak bersebelahan tapak projek Marina, di muara Sungai Melaka.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kanan) berkata, projek berkenaan dijangka terlaksana dalam tempoh lapan bulan lagi dengan memilih satu lokasi baru yang terletak di Pulau Melaka, Banda Hilir.
Katanya, buaian roda gergasi berkenaan akan dibina lebih besar lagi iaitu 88 meter berbanding yang didirikan sebelumnya, hanya mempunyai ketinggian 82 meter.
Janji KM Melaka ini dalam masa 8 bulan projek gajah putih ini akan siap beroperasi di Pulau Besar Melaka. Jadi sama-samalah rakyat Melaka nantikan, jika ini hanyalah penyedap semasa kempen pilihanraya di Merlimau, maka beliau bersifat pembohong kepada rakyat, maka rakyat boleh menghukum si pembohong dalam PRU-13 nanti. Jika terlaksana tetapi menjadi projek gajah putih seperti Eye On Malaysia yang pertama, maka pembaziran duit rakyat akan berlaku lagi, maka rakyat perlu menghukum kepada pengkhianat duit rakyat.

1 comments:
Nak buat projek kat melaka semuanya yang terBESAR, takut nanti melaka jadi penghutang terBESAR dengan kerajaan pusat pulak
Post a Comment