Saturday, March 5, 2011

DUA PELAJAR MURTAD : .ALI RUSTAM LEPAS TANGAN?

Maklumat sahih yang diperolehi dari seorang guru di sebuah sekolah terkemuka di Melaka semalam sungguh menggemparkan semua. Diberitakan bahawa dua orang bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sharifah Rodziah di Telok Mas Melaka yang merupakan salah sebuah sekolah kluster dan sekolah agama terkenal di sini digemparkan dengan dua orang pelajar asrama sekolah berkenaan yang murtad memeluk agama kristian.

Berita sahih ini dipetik dari blog angkasanuri dalam posting terbarunya pagi ini.

Blog itu melaporkan bahawa kedua-dua pelajar sekolah agama itu yang kini berada di tingkatan lima telah disingkirkan daripada asrama dan sekolah agama berkenaan dan kini bersekolah di salah sebuah sekolah terkenal di bandaraya Melaka.

"Apa yang lebih dikesalkan, pihak sekolah seperti lepas tangan daripada menangani kes murtad berkenaan. Apa pula peranan Majlis Agama Islam Melaka yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd Ali Rustam bagi menyelamatkan akidah pelajar berkenaan?"

"Apakah Ali Rustam lebih sibuk serta berbangga dengan Sekolah Harapan (sekolah budak mengandung) dan menjadikan Melaka sebagai pusat filem Bollywood daripada isu murtad ini? Dalam hal ini Ali Rustam selaku Ketua Menteri tidak boleh lepas tangan kerana selama ini beliau bertanggungjawab bersetuju dengan program yang melalaikan golongan muda di negeri ini." tegas Blog Angkasanuri,

Lihatlah sahaja kempen di Merlimau, penyebaran gambar lucah menghina ulama, tarian seksi untuk meraih undi. Siapa di sebalik kempen yang tidak bertamadun ini?Malah Ali Rustam lebih sibuk dan beria-ia hendak menjadikan Melaka lokasi perkampungan artis dan Melaka sebagai pusat filem Bollywood dan menjemput Datuk Shah Rukh Khan membuat filem di sini. Tidak lain dan tidak bukan program seumpama ini boleh melalaikan dan menyuburkan budaya tidak sihat di kalangan muda mudi serta boleh menyumbang kepada gejala murtad berluasa

Friday, March 4, 2011

"Skuad Kamera" - SB Guna Trak TNB

Salah seorang pengintip

Inilah kenderaan yang digunakan

Lihat anak panah- Dalam land rover  ini ada kamera

Kenderaan Tenaga Nasional Berhad

Lihat anak panah - sambungan kamera dalam land rover

Lihat anak panah 

Ingat nombor plat ni... WKJ 7897

Kamera yang dihala ke tempat ceramah dan konsert

Skuad kamera berjaya merakam aksi Special Branch ataupun SB yang cuba membuat rakaman di tempat ceramah PAS yang mana juga berlangsung konsert Pak Long dan Azhan Atan dengan menggunakan kenderaan Tenaga Nasional Berhad.

Tindakan mereka cuba menyamar sebagai anggota Tenaga Nasional Berhad tidak berjaya apabila Skuad Kamera berjaya merakam kamera yang terletak dalam kenderaan milik Tenaga Nasional Berhad itu. Panik dengan keadaan itu, anggota SB tersebut keluar dari kenderaan dan berpura-pura tanya siapakah yang datang ceramah malam ini.

Ini sudah biasa kedengaran apabila pihak yang menjadi kuda tunggang UMNO/BN cuba menjadikan jentera kerajaan sebagai alat untuk kepentingan parti. Kehadiran tiga orang anggota terbabit sebenarnya sudah dikesan kerana tidak pernah ada juruteknik TNB datang mendengar ceramah.

Mereka meletakkan kenderaan berhadapan dengan Perpustakaan Awam Merlimau yang bertentangan dengan Markaz Induk PAS. Sebagai pihak yang bertanggungjawab, mereka tidak seharusnya menjadi kuda tunggangan kepada UMNO/BN sebaliknya menjaga ketenteraman awam.

PETUGAS PAS BERSEDIA UNTUK MENDEDAHKAN PENGUNDI HANTU DAN PENGUNDI UPAHAN?

Jentera PAS di DUN Merlimau sudah bersedia untuk mendedahkan kejahatan dan penyelewengan pihak lawan yang cuba menggunakan pengundi hantu dan pengundi upahan bagi memenangkan calon tertentu.

"Kami mempunyai maklumat terperinci siap dengan bukti bagi mendedahkan kejahatan pihak tertentu yang pada setiap pilihanraya cuba menipu untuk menang".

"Kami beri amaran kepada pihak terbabit supaya tidak memalukan diri sendiri, kerana kami sudah sedia untuk mendedahkan penipuan ini jika mereka meneruskan hasrat untuk menipu dan menggunakan khidmat pengundi hantu dan pengundi upahan" tegas seorang jurucakap Jentera PAS tersebut.

Menurutnya yang tidak mahu namanya disiarkan, maklumat tersebut diperolehi dari kalangan pihak tertentu yang mengaku mendapat upah lumayan bagi mengatur strategi dan perancangan untuk membawa pengundi hantu yang diupah ini.

Katanya, agensi kerajaan juga terlibat dalam merealisasikan kerja jahat ini.

SOLAT HAJAT ESOK 4.30 PAGI DI SOLIHIN

Seluruh umat Islam dijemput untuk bersama-sama menunaikan Solat Hajat Perdana esok 4.30 pagi di As Solihin, Merlimau.
 
Semoga Allah memberikan kemenangan kepada Islam dan Keadilan.

TERKINI : PRU 2008,HANYA 46.26% Sahaja Mengundi UMNO....PELUANG PAS TERBUKA

Setelah masuk hari ketujuh berkempen, peluang bagi calon PAS Sdr.Yuhaizat Abdullah masih terbuka luas untuk membuat kejutan di PRK N27Merlimau. Ini dikaitkan dengan fakta bahawa dalam PRU12 pada tahun 2008 yang lalu calon Umno yang menang hanya mendapat sokongan 46.26% sahaja atau 4,981  undi dari jumlah pengundi sebenar iaitu 10,767 di DUN Merlimau.


Ini bermakna tidak sampai separuh pengundi di N27 Merlimau yang menyokong BN. Calon PAS masih berpeluang andaikata beberapa indikator sulit diambilkira iaitu sehari menjelang hari pembuangan undi.

Merlimau yang diserang dengan warna biru sekalipun tidak akan dapat mengubah fakta dan sejarah bahawa tidak sampai separuh penduduk Merlimau yang menyokong BN.

Walaupun seluruh penduduk Merlimau menikmati limpahan jutaan ringgit dalam masa seminggu ini namun BN tetap tidak boleh mendabik dada kerana berasa bimbang dengan corak sokongan pengundi Cina dan India yang dikatakan bakal menentukan kemenangan setiap calon.



Dengan strategi mantap disaat akhir calon PAS pasti membuat kejutan. Kesemua petugas Pakatan Rakyat yang akan ke bumi Merlimau, ingatlah fakta ini, tidak sampai separuh pun penduduk Merlimau yang mengundi BN, peluang masih terbuka luas, pastikan usaha anda disulami dengan semangat paling ikhlas dan dengan panjatan doa kepada Allah S.W.T kemenangan pasti boleh dicapai.

Berubahlah sekarang, Selamatkan Malaysia.