Friday, March 4, 2011

PETUGAS PAS BERSEDIA UNTUK MENDEDAHKAN PENGUNDI HANTU DAN PENGUNDI UPAHAN?

Jentera PAS di DUN Merlimau sudah bersedia untuk mendedahkan kejahatan dan penyelewengan pihak lawan yang cuba menggunakan pengundi hantu dan pengundi upahan bagi memenangkan calon tertentu.

"Kami mempunyai maklumat terperinci siap dengan bukti bagi mendedahkan kejahatan pihak tertentu yang pada setiap pilihanraya cuba menipu untuk menang".

"Kami beri amaran kepada pihak terbabit supaya tidak memalukan diri sendiri, kerana kami sudah sedia untuk mendedahkan penipuan ini jika mereka meneruskan hasrat untuk menipu dan menggunakan khidmat pengundi hantu dan pengundi upahan" tegas seorang jurucakap Jentera PAS tersebut.

Menurutnya yang tidak mahu namanya disiarkan, maklumat tersebut diperolehi dari kalangan pihak tertentu yang mengaku mendapat upah lumayan bagi mengatur strategi dan perancangan untuk membawa pengundi hantu yang diupah ini.

Katanya, agensi kerajaan juga terlibat dalam merealisasikan kerja jahat ini.

0 comments:

Post a Comment