Thursday, March 3, 2011

PEMIMPIN PR GEMPUR MERLIMAU MALAM TADI

Kesepakatan kepimpinan jentera Pakatan Rakyat semakin terserlah apabila masing-masing menggempur secara serentak lokasi ceramah kelompok di PRK Merlimau malam tadi. Walaupun hanya mengadakan ceramah kelompok tetapi kehadiran ramai penduduk menjadikan ia seperti ceramah umum apatah lagi mereka begitu berminat mendengar penjelasan isu-isu semasa yang disampaikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Antara pemimpin yang hadir termasuklah : Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, YB Zuraidah Kamaruddin, YB Dr.Hatta Ramli, YB Nasir Mustaffa, YB Ng Sue Lim, YB Khoo, YB Dato' Dr.Hassan Ali, YB Dr.Halimah Ali, YB Nurul Izzah, Mat Sabu, Bob Lokan, Ust Abd.Ghani Abd.Rahman dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.


Lokasi yang diterjah oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat secara bergilir-gilir malam tadi ialah di Kg.Chinchin, Kg.Permatang Serai dan Kg.Merlimau Pasir. Momentum sambutan rakyat semakin baik dan dijangka peningkan sokongan undi terhadap calon Pas Yuhaizat Abdullah akan pasti melonjak naik dalam masa sehari dua ini.



0 comments:

Post a Comment