Jasin : Wanita UMNO kini terus menjadi sebutan dan pantauan banyak pihak terutamanya dikalangan ahli parti mereka sendiri setelah dikatakan terlalu kecewa sehingga hampir menutup Bilik Gerakan Wanita Umno dalam PRK N27 Merlimau baru-baru ini.
"Wanita Umno tidak berkecil hati atau merajuk tetapi kita sentiasa mengharapkan supaya suatu masa wanita dibei tempat untuk jadi calon. Memang sebelum ini wanita ada melakukan sedikit protes dan biasalah tergelincir sedikit dari landasan " kata Rosni Sohar.
Kesian Wanita Umno di Merlimau, mungkin kaum lelaki dalam Umno pandai memujuk mereka tetapi kesannya tidak ramai wanita Umno yang hadir semasa hari penamaan calon di Politeknik Merlimau semalam. Adakah ini protes dari kalangan wanita Umno atau kaum lelaki mereka gagal memujuk wanita Umno? Tepuk dada tanya selera anda.
Yang peliknya Datuk Rosnah menyuruh wanita Umno mengikut semangat Tun Teja. Kalaulah dia ingat sejarah, Tun Teja ialah seorang jelitawan yang dibawa oleh Hang Nadim atau Hang Tuah dari bumi Pahang untuk diperisterikan kepada Sultan Mahmud Melaka. Tun Teja menjadi rebutan antara pembesar di Melaka dan Pahang. Itulah baru Tun Teja yang sebenar tetapi wanita Umno, bukan sahaja tidak menjadi rebutan malah tidak dicalonkan oleh kepimpinan Umno dalam PRK Merlimau ini.
Wanita Umno bukanlah Tun Teja......lupakan sahaja wahai wanita Umno kerana yang menjadi rebutan sekarang ialah Puteri Umno..........(mzz)
0 comments:
Post a Comment