Saturday, February 12, 2011

TUAN GURU NIK AZIZ DISAMBUT MERIAH PADA PROGRAM TAHUN BARU CINA DI MERLIMAU

Merlimau : Masyarakat Tionghua Merlimau membuktikan sokongan mereka terhadap PR apabila mereka keluar beramai-ramai menghadiri  program sambutan Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau di sini malam tadi.
Program yang bermula jam 8.00 malam itu disifatkan amat berjaya kerana ianya berlangsung dalam suasana yang penuh mesra dan santai.
Penganjur program, DAP negeri  Melaka dan PR Negeri Melaka berpuashati dengan kehadiran penduduk Merlimau pelbagai kaum yang jelas semakin memihak kepada PR.
Tuan Guru ketika menyampaikan ceramah beliau pada program berkata bahawa orang bukan Islam khususnya kaum Cina mula memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS di mana mereka secara terang-terangan menyokong PAS pada Pilihanraya Umum (PRU) 2008 dan kesemua Pilihanraya Kecil pasca PRU 2008.
“Malangnya Umno menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dari dulu sampai sekarang”
“Menjadi tanggungjawab kita terus member penerangan kepada orang yang tidak menerima perjuangan Islam yang diwariskan oleh Nabi Mohammad kepada kita” kata Tuan Guru yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan.
Menurut Tuan Guru, tiada sebab untuk orang Melayu menolak perjuangan Islam kerana Islam terbukti datang dari Allah bukannya ciptaan manusia.
“Kalau orang bukan Islam, bukan Melayu telah mula menyokong PAS mengapa pula orang Melayu takut untuk menyokong PAS”tambah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Turut hadir pada program malam tadi ialah Naib Presiden PAS, YB SalahuddinAyub; Pengerusi Perhubungan DAP Negeri, YB Goh Leong San; Pesuruhjaya  PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman, Pengarah Pilihanraya PKR Melaka,Yusof Abdullah, Adun-adun PR Melaka dan lain-lain pimpinan PR negeri dan Kawasan.

1 comments:

Lebai Cute said...

gambar kasi authentic laa dengan cerita brader.

Post a Comment