Wednesday, February 16, 2011

JANGAN SABOTAJ PARTI JIKA TIDAK TERPILIH MENJADI CALON BN : AHMAD MASLAN

Ahmad Maslan bimbang akan berlaku sabotaj kepada calon yang akan terpilih kelak. Maklumat terkini menyatakan terdapat tujuh kem yang melobi untuk menamakan salah sorang dari tujuh nama yang disenaraikan. Nampaknya budaya 'cah keting' masih dibimbangi akan berlaku dalam pilhanraya N27 Merlimau akan datang.

Dipetik dalam laporan Bernama , beliau turut menasihatkan mereka yang tidak terpilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu serta penyokong mereka supaya tidak berkecil hati dan terus bekerja untuk memastikan kemenangan BN. Katanya mereka ini juga dinasihatkan supaya tidak melakukan 'cah keting' atau mensabotaj parti sekiranya individu pilihan mereka tidak terpilih.
 
Jika berlaku budaya cah keting di Merlimau maka keadaan itu samalah yang pernah dilalui oleh YAB Ketua Menteri Melaka sendiri yang di 'cah keting' daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO sebelum ini. Jika tidak pastilah beliau akan menang menewaskan YB Muhyiddin Yassin kerana beliau dikatakan calon paling popular serta akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Malaysia. Akhirnya beliau didapati bersalah dalam kes melibatkan suapan rasuah dan digantung dalam parti pula semuanya akibat budaya 'cah keting' dalam UMNO.
 
Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN meninggal dunia pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac ini jika ada pertandingan.

Pada pilihan raya 2008 lalu, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. [mzz]

0 comments:

Post a Comment