Sunday, February 13, 2011

CERAMAH BN TIADA SAMBUTAN

Umno/BN cuba mensabotaj ceramah PAS apabila mengadakan ceramah berdekatan dengan ceramah PAS semata-mata untuk menarik penduduk setempat supaya tidak menghadiri ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz malam ini. Ceramah PAS diadakan di perkarangan Markaz PAS Merlimau manakala ceramah Umno/BN diadakan di seberang jalan utama yang jaraknya hanyalah 300 meter. Penceramah utama ialah Lokman Noor Adam bekas pemimpin pemuda PKR yang melompat menyertai Umno.

Namun Umno/BN sendiri dimalukan oleh penyokongnya apabila hanya 60 orang sahaja (gambar atas) yang datang mendengar ceramah mereka berbanding ceramah PAS yang dihadiri lebih 2,000 penduduk setempat.

Cuba tuan-puan bandingkan jumlah pendengar antara ceramah Umno/BN (gambar atas) dengan ceramah PAS (gambar bawah).

5 comments:

Lebai Cute said...

Betul depa pun ada wat ceramah. aku ingat cuma ada kat tv jer ceramah depa nih. minta confirm balik cerita nie. Kalau ikutkan gambar atas nak macam party tupperware pun ada.
p/s abg man dah jadi stokis tupperware ker? mesti downline kak umi nie. cayalah!!!

Loq said...

Kejadian sama turut berlaku malam semalam di air merbau,jasin. Ceramah Ustad UMNO guna skrip super cliche berlansung di rumah Ibrahim Lembut (peguam). Cuba nak memecahkan crowd Pakatan Rakyat.Tetapi crowd Pakatan Rakyat tetap hebat,lebih2 lagi bila Mahfuz Omar berucap.Tapi sambutan BN tak sampai 60 orang.What a shame.Wonder kenapa rumah seorang peguam yang sepatutnya badan bebas boleh mengadakan ceramah UMNO di sana.

firas comel said...

Haa!!!

Loq said...

Pembetulan : Bukan peguam,tapi hakim mahkamah syariah.

Tonton video2 ceramah Pakatan Rakyat di Merlimau di sini. Sebarkan. http://www.youtube.com/user/lukeraditude

Anonymous said...

IBRAHIM LEMBUT TU SEKARANG HAKIM MAHKAMAH SHARIE, ASALNYA ORANG TINGGAL DI KAMPUNG BARU,SIONG KEDAH. MASA BELAJAR DI MESIR DULU ORANG PAS LAH YANG BANTU DIA. SEKARANG JADI PENJILAT UMNO

Post a Comment