Monday, February 28, 2011

ALI RUSTAM JANGAN TERUS BERDALIH : AYUH BERDEBAT!

Pelik bin Ajaib apabila seorang yang bertaraf Ketua Menteri bermain silap mata semata-mata untuk memancing undi dalam PRK Merlimau ini. Datuk Seri Ali Rustam yang mengaku kalah dengan Kelantan dari segi gejala sosial, terutamanya yang berkaitan dengan perkara mengandung anak luar nikah.
Apa bukti? Menurut beliau, buktinya, di Sekolah Harapan yang didirikan oleh kerajaan Melaka ada enam orang kelantan berbanding hanya dua orang Melaka.
“Bab itu Melaka kalah dengan Kelantan, dan saya mengaku,”katanya sambil senyum sinis semasa menghadiri program kesenian di rumah Penghulu Md Natar di Merlimau Pasir petang Ahad.
Apakah lawak antarabangsa itu sesuai dengan mood pengundi di Merlimau. 6 Kelantan 2 Melaka. Walaupun 6 dari Kelantan tetapi semua kejadian berlaku di Melaka? Ini bermakna kejadian zina berlaku di Melaka berlaku 8 kali tetapi di Kelantan 0. Alahai KM Melaka ini, cubalah bawa isu yang lebih baik dan profesional sesuai dengan taraf anda.
Siap ajak berdebat lagi, sudah lama PAS Melaka ajak berdebat tapi tak pernah nak jawab,tiba-tiba dalam PRK Merlimau menjadi berani.  Katanya, “Saya dah ajak sebelum ini, tapi mereka diam, nanti selepas pilihanraya ini saya akan ajak lagi, kita debat terbuka pilih mana TV yang dia nak, TV3 boleh TV1 boleh, saya tak ada masalah,” katanya.
Kepada semua penduduk Merlimau sila kod kata janji KM anda, insyaAllah selepas PRK Merlimau pasti ada cabaran debat jemputan kali kedua dari PAS dan Pakatan Rakyat. Jika KM anda berdalih lagi, maka sahlah dia bapak pembohong dan perlu ditalqinkan.

2 comments:

prof kangkong said...

bukan ke orang kelantan yang mohon masuk ke rumah harapan selepas didapati pregnant di negeri mereka sendiri?

MSTC SDN BHD said...

Ada respons rang umno yang guna nama PAS MACAM DI ATAS TU.....cubalah cek kat mana mereka buat keje tu, mestilah di Melaka sebab kat Melaka dan ada sekolah harapan. Kalau buat di Kelantan cari nahas lah hihi.

Post a Comment