Wednesday, February 16, 2011

PENIAGA DI MERLIMAU KINI BERTAMBAH REZEKI….



Musim pilihanraya memang dinanti-nantikan oleh para peniaga di kawasan terbabit. Ini terbukti dengan kemeriahan serta sambutan nyang menggalakkan di kalangan peniaga-peniaga tempatan hatta daripada luar pun bersusah payah  untuk datang berniaga  Merlimau sempena ceramah Pakatan Rakyat malam tadi di UPU Permatang Pasir. Ketika ditanya pada salah seorang peniaga, beliau datang dari Kuala Lumpur semata-mata membuka gerai sambil mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat malam tadi.
Ironinya, kesemua peniaga tersebut hanya berniaga di tapak ceramah anjuran Pakatan Rakyat yang membariskan penceramah hebat iaitu YB Dr.Hatta Ramli, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menggamit kehadiran lebih 5000 pendengar sehingga penuh sesak kawasan ceramah dan melimpah ruah ke tengah jalanraya kampung Permatang Serai.
Manakala selang 500 meter sahaja diadakan juga ceramah BN yang dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka sendiri iaitu YAB Dato Ali Rustam namun jumlah pendengar hanyalah sekitar 60 hingga 100 orang sahaja. Tidak ada langsung gerai-gerai yang didirikan di kawasan tapak ceramah BN kerana mungkin peniaga sendiri menyedari akan mengalami kerugian jika membuka gerai di kawasan tersebut dengan jumlah pendengar yang amat kecil tersebut.
Tambah seorang peniaga dari Muar Johor, “Saya akan datang berniaga secara tetap di mana-mana tapak ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Merlimau kerana hasil jualan yang amat memberangsangkan”….seloroh beliau sambil tersenyum.
Kepada semua peniaga dan bakal peniaga baru, datanglah ke mana-mana tapak ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Merlimau. Dapatkan maklumat serta info semua jadual ceramah pakatan Rakyat dalam web kami setiap hari. Rebutlah peluang yang ada hasil usaha dan pengorbanan seluruh rakyat yang bersedia untuk berubah.  (mzz)

0 comments:

Post a Comment