Tuesday, February 15, 2011

DURIAN RUNTUH : SEKOLAH TAMIL DAN BENTENG BANJIR

Setiap kali adanya pilihanraya kecil, sudah tentu bermacam projek akan dilaksanakan oleh kerajaan BN semata-mata untuk memancing undi. Semalam Timbalan Perdana Menteri merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Merlimau yang berharga RM4juta.

Ketika wakil kami berhenti di sebuah kedai di Pekan Merlimau, seorang pekedai yang enggan namanya disiarkan berkata bahawa projek itu sudah lama dirancang tetapi sering tertangguh.

"Sudah 2 kali pilihanraya dia orang bikin ini itu macam, pecah tanah, rasmi dan lain-lain, tapi sekolah tarak juga"

"Ini rakyat mesti mau fikir, kena tipu sudah 2 kali mau sokong lagi ka" ujar pekedai tersebut dengan'pelat' Cina.

Sementara itu Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd  Ali Rustam pula meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk mendirikan benteng penghalang banjir di Chincin. Perkara ini sudah lama berlaku tetapi baru sekarang tindakan hendak diambil. Itupun selepas meninggalnya Adun Merlimau.


Adalah diijangkakan selepas ini semakin banyak projek 'mee segera' dan durian runtuh akan dijanji dan dijaja kepada rakyat semata-mata untuk menarik sokongan rakyat kepada BN.

Rakyat seharusnya tidak termakan dengan janji-janji seperti ini kerana pembangunan  boleh dilaksanakan oleh sesiapa yang menjadi kerajaan. Apa yang penting ialah kita mesti melihat sesuatu perkara jauh ke hadapan berpandukan Islam dan keadilan. Apa guna pembangunan jika duit rakyat dihabiskan oleh kerajaan yang boros, membazir dan penuh dengan kecelaruan serta kekeliruan.

Tuduhan berlakunya rasuah, penyelewengan, penyalahguna kuasa dan sebagainya yang menghanguskan duit rakyat walaupun di nafikan mesti disiasat dan dinilai oleh rakyat mengatasi kepentingan pembangunan fizikal yang bersifat sementara.

0 comments:

Post a Comment