Thursday, February 17, 2011

5,000 WANITA BN LEBIH ELOK BERKAMPUNG DI LEMBAH PANTAI.....Shahrizat Dalam Dilema

Bernama. JASIN 16 Feb. – Seramai 5,000 ahli Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) dari seluruh negara akan turun padang bagi membantu jentera parti menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Sepatutnya Shahrizat menurunkan 5,000 wanita UMNO dan BN untuk menggempur Parlimen Lembah Pantai tempat beliau dimalukan oleh pendatang baru YB Nurul Izzah Anwar setelah kalah mengejut dalam pilihanraya 2008 yang lalu bukannya di DUN Merlimau. Majoriti beliau kalah sebanyak 2,895 jauh lebih besar majoriti kekalahan PAS di DUN Merlimau. Rakyat Malaysia pun pelik bilamana seorang calon yang telah ditolak oleh rakyat tetapi masih juga diberikan jawatan Menteri Penuh dalam kabinet Malaysia, inilah standard murahan kabinet Malaysia yang dipandang sini oleh negara-negara luar.


Dipetik dari Bernama lagi , Pengerusinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Wanita BN dan Gelombang Merah Wanita 1Malaysia di Bilik Gerakan Wanita DUN Merlimau, Taman Merlimau Jaya di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan kira-kira 1,000 ahli sayap Wanita pelbagai parti komponen BN.
Shahrizat yang kalah dengan majoriti besar sebanyak 2,895 undi kepada YB Nurul Izzah sepatutnya malu pada diri sendiri, dengan kes perlindungan kanak-kanak yang masih tidak selesai, ada yang dibunuh dan hilang tanpa apa-apa perancangan yang terbaik dari kementerian beliau, kes perceraian orang bukan Islam dan Islam yang semakin meningkat naik di seluruh negara terutamanya di Kuala Lumpur, masalah institusi kekeluargaan yang semakin runtuh, isu hubungan kaum yang semakin membarah dan pelbagai isu lain gagal ditanggani oleh beliau sebagai menteri. Kenapa GAGAL? Sebab beliau ialah seorang calon yang kalah tetapi dilantik menjadi Menteri, sesuatu yang pelik di dunia tetapi berlaku di negara kita Malaysia tanah airku. (MZZ)
 

0 comments:

Post a Comment